Kenyataan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil semalam menunjukkan suruhanjaya itu "lebih kepada untuk mempertahankan keputusan (menutup siasatan)" berbanding menyiasat sebarang kesalahan, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
"Kenapa SPRM begitu cepat mengeluarkan penafian khususnya bila Cecil menganggotai panel itu. Ia tidak cukup dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Cecil) tidak terlibat.
"(Ia) tidak bermakna keseluruhan isu pemalsuan SD tidak wujud. Ini telah disokong oleh sekurang-kurangnya dua individu," kata Tian Chua yang merujuk kepada Bala dan ahli peniagaan permaidani Deepak Jaikishan.
Sebaliknya Tian berkata SPRM dan polis perlu membuka semula siasatan terhadap kemungkinan kesalahan termasuk "membuat akuan bersumpah palsu, beri keterangan palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, amalan korup, pembunuhan dan cubaan menutup kesalahan itu".
Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata ini termasuk Seksyen 107 dan 120A Kanun Keseksaan dan Seksyen 191 Akta Akuan Bersumpah 1960.
Malaysiakini telah menghubungi Cecil melalui fax, emel, surat serahan tangan dan sedang menunggu penjelasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan