Wartawan Buletin
SETIU - Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi 500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini diambang bankrap.
Ini kerana, katanya, hutang Negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husin Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.
“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu.
“Hutang bekas PM seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husin Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berjumlah RM250 bilion, tetapi hutang terkini masa Najib (tiga tahun) ini juga mencecah lebih RM250 bilion menjadikan keseluruhan lebih RM500 bilion sekarang.
“Jadi, bila Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya pun tidak seronok juga sebab Negara ini diambang bankrap,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Mohamad Sabu sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, Setiu hari ini.
Justeru itu, beliau menyifatkan Umno-BN sengaja memainkan isu lapuk yang telah selesai 30 tahun lalu berkaitan “Amanah Haji Hadi” di Banggol Peradong, Terengganu bagi mengalih perhatian rakyat.
Katanya, Ustaz Hadi membuat ucapan tersebut dengan tidak menamakan sesiapa pun sebagai “kafir” tetapi menerangkan ciri-ciri serta perbuatan yang boleh menjuruskan kepada perbuatan terkeluar dari Islam.
Menurutnya, ungkapan tersebut dibuat kerana pada waktu itu semua orang berfahaman politik lain (suku) dan soal agama lain.
“Ulama’ muda iaitu Ustaz Abdul Hadi Awang waktu itu berumur 30-an, dia tidak pernah kata itu ‘Amanat’ tetapi sekadar ucapannya sahaja di Banggol Peradong, Terengganu.
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku,” ujarnya menyentuh isu amanat tersebut.
Justeru, katanya hari ini tidak ada lagi orang mengatakan bahawa soal politik suku dan agama suku dalam kehidupan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan