Isnin, 10 Disember 2012

PRU13: Najib diselubungi kebimbangan

KL TODAY

 

KERDAU: Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen. 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi ‘boleh tewas’ pada PRU13 nanti.

“Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti.

“Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri,” kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri).

Menurut beliau lagi, tindakan berkali-kali merayu memohon maaf itu juga membuktikan bahawa Umno BN sudah sedar mereka sedang berdepan dengan penolakan rakyat akibat kerosakan yang dilakukan parti pemerintah itu.

“Kalau orang tak salah, dia tak akan minta maaf. Dah banyak kali, dia minta maaf,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sekiranya Najib yakin dengan jangkaan beliau, mengapa sehingga kini beliau masih tidak membubarkan parlimen.

“Kalau dah yakin, mengapa nak ugut rakyat dengan tragedi Mei 13 dan negara akan bankrap.

“Saya lihat di sebalik keyakinan ada kebimbangan. Sebenarnya kebimbangan itu menguasai dia,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga melahirkan keyakinannya bahawa dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan kerja tertib, perubahan akan berlaku di Pahang.

Ditanya soalan mengenai politik ganas yang kerap berlaku kebelakangan ini, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa budaya samseng perlu ditolak.

“Budaya samseng bukan budaya kita. (Untuk himpunan ini), bendera, risalah dan poster kita dicabut.

“Rakyat perlu bertindak dengan rasional, bukan (digunakan) untuk mempertahankan kebathilan, kezaliman dan penyelewengan,” nasihat beliau.

Temubual hari ini bersempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang yang berlangsung di sini.

1 ulasan:

insafdoh67 berkata...

Budaya samseng x main r.. Jgn jd Kuno bro... Ni zaman It bro... Darah x main. Dara blh buat bini. Kih.kih.kih..