KL TODAY
KUALA LUMPUR:
MIC berjanji akan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional
(BN) berdasarkan sokongan hebat masyarakat India kepada parti itu
selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih
teraju pentadbiran negara pada 2009.
Presiden parti Datuk Seri G.
Palanivel berkata sokongan masyarakat India terhadap parti pemerintah
itu semakin kuat setelah mereka menerima pelbagai manfaat, terutama
dalam bidang pendidikan dan melalui program pembangunan perkhidmatan
awam, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan Najib.
“Sehingga
2004, undi kami merupakan simpanan tetap. Bagaimanapunn, kami
kehilangan simpanan tetap itu pada 2008. Kini, kami beri jaminan bahawa
simpanan tetap ini akan menyokong perdana menteri.
“Hari ini, masyarakat India sedar bahawa hanya kerajaan BN dan perdana menteri yang mampu membentuk masa depan mereka.
“Undi kaum
India penting untuk BN dan sejajar dengan itu, MIC boleh membawa
kembali sekurang-kurangnya 600,000 undi untuk BN,” kata beliau dalam
ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini, Ahad.
Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut
hadir bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Yang Dipertua Dewan
Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan setiausaha agung BN Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Palanivel,
yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata masyarakat India
sentiasa menganggap Najib sebagai pemimpin istimewa yang mampu
meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka.
Beliau
berkata masyarakat India akan dapat menikmati kehidupan lebih sejahtera
hanya di bawah kepimpinan Najib kerana beliau memahami keperluan
masyarakat itu.
“Undi kita
memberi makna, undi kita penting, undi kita merupakan satu kelompok.
MIC merupakan satu-satunya parti yang benar-benar mewakili kepentingan
dan hak masyarakat India di negara ini,” kata beliau.
Palanivel
menegaskan bahawa kesetiaan masyarakat India kepada negara tidak boleh
dipersoal, walaupun anggotanya mungkin bersikap lantang dalam
menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka.
“Mungkin
ada kalanya kita bersuara lantang, tapi sebenarnya ini kerana kita
cintakan negara ini dan mahu ia menjadi negara yang sebaik mungkin,”
katanya.
Palanivel
juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan beberapa permintaan
kepada Najib berkaitan kewangan bagi melaksanakan pelbagai program
untuk membantu masyarakat India.
Antara
permintaan itu ialah agar Tafe College milik MIC dinaik taraf sebagai
kolej universiti teknikal memandangkan Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR)
milik MCA telah dinaik taraf sebagai kolej universiti.
“Kami juga
memohon kepada Perdana Menteri supaya menyediakan geran RM30 juta
setiap tahun untuk MIED dan geran sepadan kepada Universiti AIMST,”
kata Palanivel.
Beliau berkata ekuiti masyarakat India tercicir jauh di belakang sasarannya iaitu sebanyak tiga peratus.
“Tetapi,
tiada sebarang pelan afirmatif disediakan untuk membolehkan masyarakat
ini mencapainya. Kerajaan mempunyai model yang terbukti berkesan untuk
masyarakat Bumiputera. Kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baharu.
Kita boleh guna pakai sesetengah kaedah yang telah berjaya untuk
mempercepat pertumbuhan ekuiti masyarakat India,” katanya.Sementara
itu, Palanivel membidas sikap pembangkang yang hanya ‘memperguna’ undi
masyarakat India untuk memenangi pilihan raya dan mengabaikan setiap
janji yang mereka tabur.
“Tidak ada
apa yang mampu mereka beri, tiada apa yang konkrit dan praktikal.
Semuanya hanya janji kosong seperti merobohkan kuil di Sepang dan
menjadikan penduduk Kampung Buah Pala hilang tempat berteduh. Hanya
setelah Datuk Seri Najib campur tangan, barulah mereka diberi rumah,”
katanya.
Palanivel
menyeru anggota perwakilan ke perhimpunan itu supaya terus berusaha,
sentiasa setia kepada parti dan berwawasan jauh kerana cabaran yang
dihadapi masyarakat India sentiasa ada dan pelbagai, yang tidak mungkin
dapat diatasi dalam tempoh singkat.
1 ulasan:
Memang menang besar mic kalau tanding TAMIL NANDU india.... Malaysia sori r Samy. ... Jgn Belit r..... Ke..li...ng.. r.. Piiii..raaahhh.. Kih.kih.kih...
Catat Ulasan