THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR— Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan
siasatan dari segi pekerjaan dan penggajian berhubung 105 wanita warga
asing yang diselamatkan selepas dikurung syarikat agensi pembantu rumah,
Sabtu lepas.
Timbalan Menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata siasatan itu akan dilakukan selepas proses siasatan Jabatan Imigresen mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, selesai dijalankan.
"Buat masa ini, kesemua mangsa berada di bawah Perintah Perlindungan Interim selama 14 hari, selepas itu siasatan seterusnya akan dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja ... dari segi pekerjaaan dan bayaran gaji.
"Mana-mana pekerja (mangsa) yang didapati belum menerima gaji atau terdapat tunggakan gaji daripada majikan mereka, kita akan usahakan dan dapatkan komitmen daripada majikan untuk membayar gaji mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Maznah berkata, kementerian akan menyalurkan bantuan mengikut keperluan termasuk menganjurkan aktiviti kemahiran bagi mengisi masa serta memulihkan trauma yang dihadapi mangsa.
Mengulas sekiranya terdapat mangsa yang ingin terus bekerja di Malaysia, Maznah berkata mangsa perlu membuat permohonan kepada Imigresen sebelum diserahkan kepada Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Mapo), bagi tapisan majikan yang ingin menggajikan semula mereka ini.
"Mapo akan menapis mana-mana majikan yang ingin mengambil mereka bekerja untuk pastikan majikan itu mempunyai rekod yang baik dan bersih sekali gus bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Pihak Kementerian Dalam Negeri akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka bekerja semula kerana kita tidak mahu jika mereka pulang ke negara asal mereka akan dianiaya disebabkan hutang yang telah dibuat di negara asal mereka sebelum memasuki negara ini," katanya.
Terdahulu, Maznah meluangkan kira-kira sejam bagi meninjau keadaan 105 wanita yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun itu dan mendapati kesemua mereka dalam keadaan baik dan sihat. Beberapa orang mangsa juga didapati masih trauma dan telah diberikan sesi kaunseling, katanya.

"Saya dapati keadaan mereka sihat dan diberi makan yang cukup dengan fasiliti yang disediakan walaupun ada diantara mereka yang kelihatan tertekan memandangkan sesetengah daripadanya sudah mendirikan rumah tangga," katanya sambil menambah kesemua mangsa didapati tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sabtu lepas, Jabatan Imigresen Selangor cawangan Pelabuhan Klang menyelamatkan 105 wanita warga asing yang dikurung di premis empat tingkat sebuah syarikat agensi pembantu rumah, di Bandar Baru Klang.
Dalam serbuan pada 7.45 pagi itu mendapati kesemua wanita itu dikunci di tingkat tiga dan empat premis berkenaan yang terletak di sebelah atas syarikat agensi pembantu rumah terbabit.
Kesemua wanita terdiri daripada 95 warga Indonesia, enam Filipina dan empat Kemboja itu hanya memiliki pas lawatan sosial dan dipercayai masuk ke negara ini antara satu hingga enam bulan lepas. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan