Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Umno menerusi bloggernya paling berperanan
memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya
untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng
tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti
facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan
insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen
perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan
perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,”
katanya kepada Keadilan Daily.
“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu
mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita
yang tak betul ini,” katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani
terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli
kumpulan yang bergaduh.
“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.
“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen
perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan
sampai keamanan negara tergadai,” serunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan