Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Malaysia terus dicemari imej buruk, kali ini dengan laporan Global Financial Intergrity (DFI) bahawa pengaliran keluar wang haram dari negara ini berjumlah RM871 bilion sejak 10 tahun lalu iaitu antara 2001 dan 2010.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini adalah laporan keburukan ketiga negara pada bulan terakhir tahun ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM196.8 bilion adalah pengaliran keluar wang haram dari negara ini pada 2010.
“Laporan GFI mecatat tiga laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia bulan terakhir tahun ini untuk mengingatkan rakyat bahawa sudah sampai masanya untuk mereka menukar kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Hanya tinggal 10 hari lagi sebelum berakhirnya Disember 2012. Apakah akan ada satu lagi laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia untuk menjadikan empat laporan buruk bulan ini,” katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini, kata Kit Siang, Malaysia dibuurkkan dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 yang tidak dapat dinafikan korupsi teruk di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (2009-2012) berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini.
Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 pula menunjukkan Malaysia merudum pencapaian di perigkat antarabangsa dalam subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, 2012 juga adalah tahun buruk dan mengecewakan Najib kerana bertimpa-tipa isu dibangkitkan membuat dia dan pemimpin lain dalam UMNO-BN cemas untuk menghadapi PRU-13 nanti .
“Bukan setakat tiga laporan buruk antarabangsa itu, tetapi negara terus dihantui denghan kerajaan korup, tidak demokratik dan zalim sejak berdekad lamanya.
“Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang tidak mungkin dapat dilupakan iaitu lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali, tanpa mengambilkira ‘hantu’ yang semakin mengambil tempat di dalam politik Malaysia – hantu warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh; Teoh Beng Hock, mangsa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ramai lagi yang “dibunuh” ketika di dalam tahanan polis seperti A. Kugan yang menuntut keadilan,” katanya.
Menurutnya, pendedahan menggemparkan seorang pengedar permaidani, Deepak Jaikishan berkenaan kes pembunuhan Altantuya; tindakan berbalas-balas serangan di antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ramli Yusof berkenaan salahguna kuasa yang dilakukan masing-masing; tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, adalah sebahagian daripada rahsia buruk yang menanti untuk melompat keluar tetapi tiada siapa menjangkakan yang pemerintahan UMNO/BN akan mencari hingga ke dasar kebenarannya.
kit Siang berkata, hanya perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada PRU-13 100 dapat menyelesai dan mententeramkan semua “hantu” daripada pemerintahan UMNO/BN, terutamanya sepanjang tiga dekad lalu, termasuk yang bertanggungjawab membunuh juruaudit Jalil Ibrahim di Hong Kong dalam skandal besar pertama era Mahathir, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) RM2.5 bilion pada tahun 80an.- Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan