Thursday, September 27, 2012

Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR t: Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata JLB memfokus pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah.

Ketua Pembangkang itu berkata, JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara.
 
“Ketidaksamaan rangkaian jalan raya Malaysia sangat ketara. Ia terbukti apabila setakat 2009, di Semenanjung sudah capai 35,734 kilometer.

“Berbanding di Sabah dan Sarawak, hanya 10,171 kilometer bagi tempoh sama sedangkan hasil minyak dan gas mereka banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaik taraf rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak bagi menilai impaknya kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negeri itu.

14 comments:

Unknown said...

Itulah yang ditunggu-tunggu oleh penduduk SAbah sekarang ini. Bila agaknya akan dilaksanakan projek tersebut.

Unknown said...

Rakyat tidak mahu janji tinggal janji sahaja seperti kerajaan Selangor. Jadi kerajaan Bn perlu memastikan semua janji yang telah diberikan akan ditunaikan sepenuhnya.

Unknown said...

Tambahan lagi Sabah ini terkenal dengan pelancongan maka kemudahan jalan raya juga perlulah baik dan selesa digunakan. Ini juga bagi image kerajaan BN sendiri juga.

mantera said...

janji pakatan hnya bertujun mendapatkan sokongan penduduk Sabah dan Sarawak.

Unknown said...

Bagaimana Pakatan akan bina lebuhraya tu? Bajet dari mana? Soros?

Unknown said...

Masalah air di Selangor pun tak dapat handle.

Mumbai said...

Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan pakatan pembangkang, kata seorang profesor ekonomi pada Isnin.

Mumbai said...

belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek “memberi, memberi, memberi” tidak mempunyai kerangka yang jelas berbandingBelanjawan 2013 kerajaan.

Mumbai said...

Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi. Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik,

Mumbai said...

pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi. sedangkan mereka sendiri telah gagal melaksanakan semua janji2 mereka ketika PRU12 di negeri2 yang mereka tadbir..

Mumbai said...

"Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB)."

penghapusan cukai untuk kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun.Tidak mengapa, kita boleh korbankan RM4.6 bilion daripada segi cukai tapi kalau kita tambah pula dengan janji-janji untuk hapuskan tol, untuk dapatkan pendidikan percuma, janji royalti minyak tambahan ke Sabah dan Sarawak, janji untuk hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, janji nak bagi gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, semua janji ini bukankah akan bankrapkan negara kita??

Anonymous said...

aku nang nyokong bn, tapi bila menggunakan jln kch-sarikei, mcm apa punya jln da, bila disemak balik, rupanya jln itu dibina pada zaman british dulu. gila. setelah 49 tahun bersama malaysia, jln pada zaman british jugak yg masih di pakai. please la bn, wake up, jgn terlalu selesa di dlm bilik aircond, turun la ke luar melihat penderitaan rakyat.

Anonymous said...

Pasti bajet 2013 akan menaikan taraf jalan2 raya

Anonymous said...

Mandat rakyat penting untuk BN terus memerintah.