SHAH ALAM : Status tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki sehingga kini menggambarkan tahap keyakinan Umno-BN untuk menang berada di tahap kritikal.
Ketua Umum pkr, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada yakin berkata ini merupakan satu petanda awal bakal berlakunya perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Saya tidak tahu untuk menjangkakan bila PRU tapi bila dalam kaca mata umum paemerintah teragak-agak untuk menginjak (tarikh) bermakna keyakinan dia untuk menang segera itu kurang dan kalau ada (keyakinan) pun amat kurang.
“Ini satu petanda awal InsyaAllah perubahan besar akan berlaku dalam PRU-13,” katanya dalam temubual esklusif dalam rancangan Fokus Isu terbitan TV Selangor.
Apa yang penting menurutnya lagi, Pakatan Rakyat sendiri perlu membuat persediaan rapi terutama sekali dalam memastikan rakyat mendapat maklumat dan fakta yang tepat.
Ujar Anwar, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat turut diingatkan supaya menyempurnakan beberapa amanah rakyat dengan sebaiknya sebelum menempuh PRU-13.
“Keyakinan saya adalah sebaik rakyat mendapat maklumat mustahil mereka akan mendokong sisitem yang memeras mereka, memiskinkan mereka dan melihat kesenjangan antara golongan miskin dah kaya. Mustahil dia akan dukong.
“Jadi sebab itu cabaran kita adalah maklumat. maka kita kena lkukan sedaya. yang penting semuanya fakta,” katanya.
Tegas beliau jika segala maklumat dan fakta diperbahaskan kepada rakyat, beliau percaya Umno-BN tidak mampu bertahan memandangkan sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengemukakan hujah konkrit mengapa beliau menolak undangan debat.
7 comments:
kita tnggu PRU diadakan dan lihat keputusannya.
The number 11 is playing in the Prime Minister’s mind as he gave a broad hint that elections could be held by year-end.
Though not coming right out with a clear indication, Najib said that this year was unique as his often mentioned favourite number – 11 – figured in many events marking the year.
He said Umno was 66 years old this year, Malaysia was marking its 55th year of Merdeka and Sabah Umno was 22 years old. These numbers he noted, reflected 11 or are multiples of 11.
“Six times 11 equals 66, five times 11 equals 55 and 2 times 11 equals 22. The 11 factor appears in all – it is unique and good,’’ he told party members without spelling out if he was looking at a November date for the 13th General Election.
ketika ada ura2 BN mahu mengadakan pilihanraya awal (2011), Anwar juga yang mempertikaikan tindakan itu.. kononnya Najib semakin takut menangguh pilihanraya kerana rakyat sudah mula menolak kepimpinan beliau.. sekarang, bila tarikh pilihanraya belum diumumkan, dakwaan yang sama juga keluar dari mulut Anwar ni.. nyanyuk ke!!
awal atau lambat, alasan yang sama tetap digunakan pebangkang.. konon petanda keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.. pilihanraya awal, dia bangkang (siap mahu mengadakan pilihanraya berasingan), pilihanraya lewat pun dia bangkang..
Post a Comment