Beliau percaya kesemua mereka mengikut arahan dikeluarkan pemimpin untuk memastikan demonstrasi berjalan lancar.
Abdul Hadi sebaliknya menyalahkan golongan tertentu dengan mendakwa perbuatan terbabit dilakukan segelintir pihak yang diistilahkan sebagai ‘pelakon’ dalam kalangan golongan pemerhati.
Beliau turut menolak sumber tertentu yang mendakwa mereka diupah Pakatan Rakyat (PR) dan menjelaskan PR tidak mampu berbuat demikian.
“Pemerhati pula pelbagai kalangan dan saya dimaklumkan mereka ada ‘pelakon’. Pelakon ikut sama dalam demonstrasi ini dan ada menyebut-menyebut diupah. Mana kita ada nak upah orang, kita tiada duit, kita fakir miskin, bagaimana parti bergantung kepada orang nak upah orang.
“Yang hadir itu beratus-ratus ribu dan itu bukan kemampuan kitalah. Jadi pelakon inilah yang boleh menimbulkan perkara negatif,” katanya.
Beliau turut meminta perkara itu disiasat secara adil dan telus untuk memastikan siapa dalang bertanggungjawab menimbulkan kekacauan ketika demonstrasi tersebut.
Diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat tangan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya peserta membuat rempuhan bagi memasuki kawasan Dataran Merdeka, Abdul Hadi meminta media memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.
Katanya, media perlu membuat liputan secara langsung dalam media penyiaran dan bukan sidang akhbar biasa yang selalunya disunting terlebih dahulu sebelum penyiaran.
“Biar dia keluar RTM, TV3. Biar beliau menjelaskannya. Wartawan boleh soal dia, itu cara yang betul macam dilakukan negara lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment