MALAYSIA KINI
Bekas
peguam, N.Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini
bahawa dia tidak merancang dan berkonspirasi dengan tertuduh lain untuk
membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu
lain, dua tahun lepas.
Pathmanabhan, 43, yang merupakan saksi pertama pembelaan, berkata dia juga tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan itu.
Tertuduh turut menafikan dia membunuh Sosilawati kerana meminjam wang daripada jutawan kosmetik itu.
Sebaliknya, Pathmanabhan berkata dia yang telah meminjamkan RM4 juta kepada Sosilawati dan pembayaran dibuat melalui dua keping cek.
"Kalau pun saya tiada wang untuk membayar kepada seseorang, saya tidak akan sekali-kali membunuh orang itu," katanya ketika disoal peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.
Tertuduh dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kepada satu soalan, Pathmanabhan berkata dia tidak berada di ladang itu antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 kerana ketika itu dia dalam perjalanan ke Subang Jaya.
Terdahulu, tertuduh berkata dia mengenali Sosilawati pada awal 2008 dalam satu pertemuan di Hotel Pan Pacific, Sepang, yang diatur seorang ahli politik, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan pembantu peribadinya, Datuk Sabari Misran berhubung pembelian tiga lot tanah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang milik A.Muthuraja, seorang ahli perniagaan dari Chennai, India.
Dia turut mendakwa Sosilawati melalui syarikatnya, Southern Symphony Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Muthuraja untuk membeli tanah berkenaan dengan nilai RM25 juta, namun jutawan kosmetik itu, yang sepatutnya membayar deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM2.5 juta, hanya membayar RM1.2 juta.
Pathmanabhan berkata baki deposit dibayar olehnya, Suhaimi dan Sabari.
"Dalam perjanjian jual beli itu tidak tercatat nama kamu, Suhaimi dan Sabari. Bagaimana kepentingan kamu dilindungi?" soal Manjeet.
"Kami bertiga membuat perjanjian persefahaman (MOU) dengan Southern Symphony," jawab tertuduh.
"Mengikut undang-undang, Sosilawati bukan pemilik 100 peratus hartanah itu," soal Manjeet dan Pathmanabhan menjawab tidak sama sekali.
Tertuduh juga berkata jumlah keseluruhan harga hartanah itu sepatutnya dibayar selepas mahkamah mengeluarkan perintah penarikan kaveat (sekatan) dan pemindahan hak milik, bagaimanapun, sehingga Ogos 2010, perintah sedemikian tidak pernah dibuat.
Pathmanabhan berkata Sosilawati, melalui Southern Symphony, kemudian menjual tanah itu kepada syarikat Ample Quality Sdn Bhd, yang mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada pengarahnya, dengan nilai RM29 juta pada tahun sama (2008).
Dia berkata selepas menandatangani perjanjian jual beli, Ample Quality membayar deposit RM2.9 juta.
Seterusnya, tertuduh mendakwa pada Julai 2010, Sosilawati mengarahkannya mencari pembeli lain untuk tanah yang sama pada harga RM150 juta.
"Bagaimana Southern Symphony ingin menjual tanah berkenaan kepada pihak lain sedangkan Southern Symphony telah menjual tanah itu kepada Ample Quality," soal Manjeet.
"Ini kerana Southern Symphony dapat tahu yang Abdul Rahman merancang untuk menjual tanah berkenaan kepada syarikat lain dengan harga RM200 juta, jadi Southern Symphony ingin menjual tanah itu dengan harga RM150 juta dan minta saya sediakan perjanjian jual beli yang baru," jawab Pathmanabhan.
Tertuduh juga berkata pada Ogos 2010, dia menerima panggilan daripada Sabari yang memaklumkan terdapat pertemuan antara Sosilawati dengan Abdul Rahman pada 28 Ogos 2010, dan Sabari memintanya hadir.
"Saya bagaimanapun memberi alasan untuk tidak hadir pada perjumpaan itu. Seterusnya pada pukul 11.12 malam, 30 Ogos 2010, Sabari sekali lagi menghubungi saya dan memarahi saya kenapa tidak hadir pada perjumpaan kedua mereka pada 30 Ogos 2010.
"Sabari memberitahu berlaku pergaduhan mulut besar antara Abdul Rahman dan Sosilawati. Ketika menerima panggilan itu saya berada di Subang Jaya," katanya.
Pathmanabhan berkata selepas 30 Ogos 2010, Sabari menghubunginya beberapa kali meminta agar tidak mengaitkan nama Abdul Rahman dengan perjumpaan pada 30 Ogos itu kepada sesiapa, termasuk polis.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.- Bernama

No comments:
Post a Comment