Wednesday, December 8, 2010

Umno Selangor mahu Najib kekal pengerusi negeri

jibOleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Umno Selangor mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai pengerusi Umno negeri itu bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata seorang Adun Umno Selangor hari ini.

"Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat khas Umno Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mengatakan rombakan Umno Selangor akan dilakukan tidak lama lagi.

Difahamkan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak akan melepaskan jawatan itu kepada Datuk Seri Noh Omar.

"Kita tidak mencadangkan nama penggantinya tetapi mahu kekal dengan jawatan tersebut.
"Tetapi jika Najib tetap mahu melepaskan jawatan itu, pucuk pimpinan menyerahkan kepada beliau untuk memilih pengganti.

"Hukum akal Noh lah pengganti jawatan Najib," katanya.

Najib yang juga presiden Umno memegang jawatan pengerusi Umno Selangor dalam satu rombakan selepas menjadi perdana menteri pada April 2009.

Beliau melantik Noh sebagai timbalan perhubungan Umno Selangor.

"Bagaimanapun, Jika Najib memilih orang lain pucuk pimpinan Umno Selangor akan menghormati keputusan tersebut," katanya.

Sementara itu beberapa pemipin Umno Selangor enggan mengulas siapa yang bakal menggantikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebagai ketua pembangkang DUN Selangor.

Dr Mohd Khir meletakkan jawatan ekoran didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam atas tuduhan berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam.
Mereka juga enggan membuat komen mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun difahamkan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil dan Adun Sabak, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad tidak mahu menerima jawatan tersebut jika ditawarkan.

No comments: