Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU: Pengerusi Perkaderan Lajnah PAS Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata Umno BN kini berusaha menyambung 'talian hayat'nya dalam usaha mendominasikan pemerintahan dengan memperkemaskan 'undi pos'. Ini dilakukan setelah mereka gagal dalam usaha mengekalkan talian hayat dengan mengharapkan undi dari kaum Cina dan India di mana 'tongkat dan talian hayat' itu telah pun dipatahkan oleh Pakatan Rakyat (PR). "Dan sekarang mereka menggunakan tongkat dan 'talian hayat' yang masih ada kepada mereka iaitu 'undi pos'. Sesungguhnya kita Pakatan Rakyat telah mengingatkan berulang kali bahawa Malaysia sebuah negara yang merdeka, sepatutnya tidak ada lagi undi pos, bahkan dihapuskan. “Tetapi malangnya sekarang ini undi pos ini ditambahkan lagi," katanya. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri mendakwa apa yang berlaku kini isteri kepada tentera, polis dan yang terbaru anak-anak kepada polis pun diminta mendaftar untuk dijadikan undi pos. "Ini sesuatu yang sangat malang kepada sistem demokrasi di Malaysia ini," dakwa Fattah kepada media selepas meraikan rombongan daripada Sabah dan Sarawak di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini pagi ini. Beliau amat mengharapkan kerajaan menimbang kembali supaya undi pos ini dihapuskan. "Tak perlu ada lagi undi pos. Ini kerana mereka (pengundi berkenaan) boleh mengundi awal, atau apa alasan sebenarnya masih diwujudkan undi pos itu? "Apa alasannya sebenarnya undi pos ini? "Pada masa dahulu, undi pos ini diwujudkan adalah atas dasar (alasan) 'dharurat' tetapi kini dalam keadaan negara kita yang aman damai ini, undi pos masih berterusan. “ Sepatutnya undi pos ini dihapuskan, ini kerana ada kaedah lain yang lebih telus dan lebih demokratik," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menambah adalah menjadi rahsia umum bahawa pihak tertentu akan mengambil kesempatan menerusi peruntukan 'undi pos' itu khususnya dalam pilihan raya bagi mengekalkan kemenangan parti mereka. "Kita mengatakan bahawasanya Umno BN sekarang ini mereka terpaksa mengguna 'talian hayat' dan yang terakhirnya melalui 'undi pos'. sebagai talian hayat mereka yang terakhir,” katanya. |
Wednesday, December 8, 2010
Umno BN perkemas talian hayat ‘undi pos’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment