Saturday, December 4, 2010

Tony Fernandes tokoh perniagaan terulung 2010


Sample Pic BM copyOleh Surin Murugiah

KUALA LUMPUR: Majalah Forbes Asia menamakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes sebagai tokoh perniagaan terulung 2010 dalam isu bulan Disember.

Fernandes, 46 tahun, merupakan perintis syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi jenama global paling hangat di Asia Tenggara, menurut Forbes Asia.

Dalam satu kenyataan bertarikh 3 Disember, Editor Forbes Asia Tim Ferguson berkata, persaingan adalah sengit termasuk para pemimpin dari 50 buah syarikat unggul Forbes Asia.

"Walaupun beberapa usahawan dari China layak pada tahun ini, secara umum, mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu pasaran nasional sahaja yang terikat dengan turun naik ekonomi domestik.

"Fernandes mengembangkan perniagaan ke luar negara," kata Ferguson. Majalah itu memetik, Fenandes menyifatkan visinya sebagai "berkhidmat kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan,"

Asia harus dilihat sebagai sesuatu yang terbesar, terbaik, paling tinggi dan paling kaya…… kesemuanya terdapat di Asia. Di sinilah perniagaan Asia gagal memanfaatkannya.

"Kumpulan sasaran ialah seramai 65 juta penumpang lain yang tidak berpeluang menaiki pesawat, yang tidak memiliki kad kredit dan insuran. Saya selalu melihat massa (manusia dalam kumpulan yang ramai)," katanya.

No comments: