Friday, December 3, 2010

PKR KUNAK YAKIN MENYENGAT PRU 13

TEMUBUAL….Mohammad Sailama (kiri) ketika ditemubual penulis pada rabu.

Oleh: IBRAHIM TABIR

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Kunak yakin untuk mendapatkan sokongan pengundi khususnya di kawasan DUN Kunak dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Timbalan II Ketua Cabang PKR Silam, Mohammad bin Sailama berkata, parti itu mampu untuk mendapat lebih banyak undi berbanding dua pilihanraya yang pernah ditandinginya di kawasan Kunak sebelum ini.

"Saya yakin PKR boleh beri saingan kepada BN atau mana-mana calon lain yang akan bertanding (dalam PRU 13)", katanya dalam satu temubual bersama wartawan di sini.

Menurutnya, masih banyak keperluan rakyat perlu diberi keutamaan di daerah ini terutama dalam usaha membela nasib penduduk miskin yang benar-benar memerlukan bantuan seperti kemudahan PPRT.

Mohammad berkata, terdapat masyarakat atau mereka yang benar-benar memerlukan bantuan rumah PPRT tidak memperoleh kemudahan itu sebaliknya, mereka yang tidak layak diberi bantuan sedemikian.

Selain itu, masalah atau isu permohonan tanah (PT) juga masih berlarutan meskipun kerajaan sebelum ini telah mencadangkan atau membuat sebarang kaedah untuk memperbaik sistem itu.

"Saya dapat melihat di kawasan tertentu rumah-rumah PPRT didirikan, bukan untuk mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan itu. Masalah permohonan tanah (PT) masih berlarutan sehingga rakyat ada yang mempersoalkan mengenai pengeluaran geran yang sering dipertikai kerana karenah birokrasi ", kata beliau.

Mohammad menyatakan, masih berlaku kelemahan terutama dalam urusan mendapatkan atau memperbaharui Lesen perniagaan di sini.

"Ada suatu ketika saya dapat aduan dari orang awam yang terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka ketika berurusan di jabatan kerajaan atau agensi tertentu di sini", ujarnya.

Dalam perkembangan sama katanya, PKR bersedia untuk memberi perkhidmatan yang adil dan sempurna kepada masyarakat jika diberi mandat mentadbir kawasan DUN selepas PRU 13 akan datang.

"Kami ada pendekatan dan kaedah untuk membantu rakyat yang masih memerlukan bantuan," katanya.

Menurut beliau, setakat ini PKR telahpun mengenalpasti beberapa orang individu yang boleh diketengahkan untuk dipilih sebagai calon PKR Kunak dalam pilihanraya ke 13.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk dicalonkan oleh parti sekiranya pihak pucuk pimpinan memilihnya, Mohammad spontan menjawab:

"Saya belum bersedia tetapi jika pucuk pimpinan dan ahli-ahli memberi sokongan, saya akan cuba", ujarnya sambil menambah, masih ramai yang layak dan berketrampilan dalam PKR untuk dicalonkan, terutama tokoh tempatan.

40 comments:

Anak Sabah said...

Kita tengoklah bagaimana nanti. Undian rakyat adalah bukti yang terbaik.

Anak Sabah said...

Apa-apa pun, selamat berjuang. Semoga semua parti dan calon bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang seterusnya.

Jason said...

Belum pasti lagi kalau ramai yang dari kawasan DUN kunak akan mengundi PKR. Ia semua terpulang kepada mereka. Jika prestasi PKR tidak bagus, pengundi tentu tidak akan mengundi PKR.

zam said...

masalah dalaman PKR mungkin akan menyebabkan PKR sukar untuk mendapat sokongan.

Jason said...

Oleh itu, adalah lebih baik PKR jangan terlalu yakin. Saya tengok prestasi PKR sekarang ini pun tidak memuaskan. Ada2x ja masalah timbul dalam parti. Baik PKR mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

Jason said...

Semoga masalah PKR dapat diselesaikan. Buatlah yang terbaik! Selamat berjuang!

zam said...

semuanya terpulang kepada rakyat. rakyat akan memilih parti yang sanggup bekerja untuk mereka dan bukannya parti yang hanya pandai bercakap.

Anonymous said...

masalah dalaman PKR pun belum diselesaikan, inikan pula mahu menyelesaikan isu/masalah rakyat..

tombolo said...

jgn terlalu yakin, usaha perlu ada.

Anonymous said...

adalah lebih baik sekiranya PKR memfokuskan untuk memantapkan dan menyelesaikan isu dalaman parti sebelum berangan-angan untuk menjadi 'hero' isu2 rakyat..

Anonymous said...

'adil dan sempurna'

sungguh mudah untuk diucapkan namun adakah semudah itu untuk dilakukan?

Anonymous said...

menang atau tidak ianya adalah keputusan pengundi..tunggu dan lihat apa keputusannya pada PRU13 nanti..

nickko said...

perlu diingat, pertimbangan rakyat bukan hanya terhad kepada isu2 tempatan, malah isu2 diperingat nasional juga boleh mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan. sejak kebelakangan ini banyak kelemahan2 PKR dalam mentadbir Selangor, ditambah lagi dengan isu2 kontroversi yang ditimbulkan sendiri oleh ahli2 PKR.

nickko said...

buat masa ini PKR Kunak tidak perlu yakin kerana Kunak sudah semakin membangun dibawah kerajaan BN. isu PPRT dan lesen perniagaan yang diketengahkan tidak terlalu jelas kerana bukan empunya badan yang buat aduan. oleh itu, isu ini boleh dikatakan sebagai isu terpencil atau sekadar gimik untuk meraih sokongan.

maya said...

Ini semua psikologi saja untuk menarik sokongan rakyat.

maya said...

Memang tidak salah mana-mana parti menyalurkan bantuan kepada rakyat terutamanya penduduk miskin. Tapi harus diingat juga adakah ini janji yang akan dikotakan oleh PKR atau hanya janji kosong sahaja.

Antanum said...

Keyakinan perlu ada, namun usaha untuk membanggunkan rakyat juga harus tidak berakhir.

Bujang Senang said...

PKR kunak tidak perlu yakin sangat. Nanti seperti di Batu Sapi. Kunun yakin dapat tewaskan BN waluapun SAPP ikut bertanding. Tapi apa yang berlaku, PKR kalah teruk.

Unknown said...

Semoga apa yang PKR katakan itu menjadi kenyataan. Tapi saya rasa tetap BN yang akan berkuasa dikawasan tersebut. Kerana BN tetap yang terbaik untuk rakyat Sabah.

maya said...

"Saya yakin PKR boleh beri saingan kepada BN atau mana-mana calon lain yang akan bertanding (dalam PRU 13)", katanya dalam satu temubual bersama wartawan di sini.

Memang sepatutnya perlu ada keyakinan dalam menghadapi PRU-13 ini. Apapun kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

maya said...

Stiap peruntukan yang disalurkan sepatutnya sampai kepada rakyat yang memerlukan. Perlu memastikan pemberian PPRT hanya untuk penduduk miskin dan yang berkeleyakan sahaja.

maya said...

Mana-mana parti sekalipun yang berjaya menawan DUN Kunak, keperluan rakyat harus diutamakan.

Unknown said...

Kita tengok saja nanti sampai mana keyakinan PKR kunak ini.

mandau said...

dgn berbekal keyakinan tanpa usaha tkkan membawa hasil. lagipun BN akan memberi saingan kuat.

onong said...

Yakin ja tidak guna tu.

chimchim said...

PKR will never succeed.

chimchim said...
This comment has been removed by the author.
Paquin said...

apa2 la... yang pasti semuanya hanya kaan diketahui melalui keputusan undian.

Paquin said...

Jadi janganlah terlalu yakin pula:P

Paquin said...

Ya Jason. Semuanya belum pasti kerana ia bergantung pada prestasi parti... Mampu atau tak membuktikan mereka adalah terbaik utk rakyat.

Paquin said...

setuju mike. Semuanya terletak ditangan pengundi. Jadi hanya pengundi saja tahu siapa yang terbaik utk mereka.

Paquin said...

Apapun, yg penting ialah jalankan t/jawab sebaik mungkin. Kurangkan mengritik parti lain dan perbaikilah kelemahan sendiri.

Unknown said...

Belum bertanding belum tahu lagi. Kelemahan yang diusulkan Mohammad merupakan kelemahan kerajaan BN dan mesti ditangani segera.

Unknown said...

Keyakinan yang terlampau jadi kesombongan.

Unknown said...

Apa guna dan impak jika PKR cuma kuat di Kunak?

captain said...

Jangan terlalu ego, kerja bersungguh-sungguh.

kb girl said...

PKR Kunak mengidap sindrom illunasi.

Velove said...

Keyakinan tidak selalu menjamin kejayaan.

dollie said...

I don't think this is a good sign for PKR to show off.

Ezef said...

I hate Anwar very very much!