Sunday, December 5, 2010

Peserta bantah kenaikan air kena gas

Nazri dan Hazayani

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.

Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara.

Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai.

Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan.

Sebahagian peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di perkarangan Masjid Negara.

AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu turut menyertai rakyat menolak penswastaan air.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Mohd Salleh turun bersama rakyat menyatakan bantahan.

Rakyat dari pelbagai lapisan yang menyertai bantahan kenaikan harga air oleh Syabas.

Pasukan polis membuat halangan.

Jentera water cannon menyebur air dan melepasjan gas pemedih mata kepada peserta himpunan aman.

No comments: