Sunday, December 26, 2010

Larangan Logo 1Malaysia 'dibekukan', kata exco S'gor

Leven Woon Zheng Yang

Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu meredakan kontroversi berhubung logo 1Malaysia yang digunakan dalam bahan pengiklanan, dengan menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadapnya sehingga diberitahu kelak.

NONELiu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana
kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.

"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.

Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.

NONE"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan
penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.

Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini.

"Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya.

Liu bertegas bahawa Sabak Bernam tidak menguatkuasakan larangan terhadap logo 1Malaysia.

"(Bagi Sabak Bernam) Saya tidak berfikir ia telah menguatkuasakan (larangan tersebut), saya masih melihat banyak logo 1Malaysia di sana," katanya.

No comments: