Saturday, December 25, 2010

Kos First Lady Summit Malaysia 4.5 Juta. Tahniah!!

Staff Berita Semasa

first lady Kos First Lady Summit Malaysia 4.5 Juta. Tahniah!!

Tahniah kepada Datuk Rosmah Mansor (Dah dapat Datuk sekarang) kerana berjaya menganjurkan majlis gilang-gemilang untuk First Lady Summit 2010 di Kuala Lumpur tempoh hari. Liputan? Jangan cakaplah memang meluas. Hari-hari liputan mengenai majlis ini. Tidak kisahlah ada bencana ker, tragedi ker. Liputan mengenai majlis ini mestilah diutamakan.
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta. Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99. Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia – kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa – berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober. Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong. Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta. Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99. Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia – kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa – berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong. Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong. MALAYSIAKINI

first lady2 Kos First Lady Summit Malaysia 4.5 Juta. Tahniah!!

Persoalannya sekarang :

  • Apa faedah rakyat Malaysia dapat dengan penganjuran First Lady Summit di Kuala, Lumpur baru-baru ini?
  • Berapa pulak keuntungan penganjur dapat?
  • Kos apa yang sampai RM4.5 juta tu? Program program 3 hari yang hanya melibatkan 15 orang peserta belanja sampai RM4.5 juta?
  • Mana lebih penting berikan bonus kepada penjawat awam atau majlis seumpama ini
  • Masalah minyak naik, harga barang naik lagi ada fikir sebelum mengadakan majlis ini?

Kalau betulah serius nak berbincang mengenai isu pendidikan kanak-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak seperti First Lady Summit ini. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?

No comments: