Saturday, December 25, 2010

Kami Dipindahkan Lebih 100 Kali Oleh Penculik Di Filipina, Kata Penternak Rumpai Laut

BERNAMA



Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42, (tengah) dipeluk
oleh isterinya Chua Mui Ling, 41, (kanan) dan keluarga
terdekat ketika bertemu buat kali pertama sejak
kejadian culik di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu, Terminal 2, Jumaat. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Pengalaman dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain lebih 100 kali dalam tempoh 10 bulan dan 12 hari, dengan tangan terikat ketika diculik, merupakan perkara yang tidak mungkin dapat dilupakan dua penternak rumpai laut.

Tsen Vui Chung, 41, berkata beliau dan Lai Wing Chou, 33, sering dipindahkan oleh penculik mereka yang bersenjata bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa Filipina.

"Namun kami tidak pernah dicederakan dan mereka beri kami makanan. Kami hanya tidur di atas papan lapis dalam sebuah kem," katanya kepada pemberita di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, sejurus tiba dari Manila, Jumaat.

Tsen dan Lai diculik dari sebuah ladang rumpai laut di Pulau Sebangkat, Semporna pada 8 Februari lepas.



SELAMAT PULANG... Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42,
(duduk, dua, kiri) dan Lai Wing Chau, 33, (duduk,
kanan) menceritakan peristiwa pahit mereka pada
sidang akhbar.

Mereka diselamatkan oleh anggota keselamatan Filipina pada 22 Disember.

Tsen berkata ketika diculik pada 1.30 pagi, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali menurut segala arahan kerana senapang diacukan ke kepala sebelum dibawa enam lelaki dengan dua 'pump boat' menuju satu kawasan hutan.

Sepanjang tempoh ditahan, Tsen yang mempunyai dua anak berusia 11 dan 15 tahun berkata, penculik berkenaan hanya meminta nombor telefon tempat beliau dan Lai bekerja.

Beliau juga berkata mereka tidak berani melarikan diri kerana semua penculik bersenjata.



Mangsa culik Tsen Vui Chung, 42, diberi ciuman oleh anaknya Jun Hien Tsen, 11.

Sementara itu, isteri Tsen, Chua Moi Leng berkata beliau tidak dapat tidur selepas menerima berita yang suaminya telah diselamatkan.

"Saya sentiasa yakin dia akan pulang. Saya tidak pernah berhenti daripada mempercayainya sepanjang tempoh tersebut," katanya yang berhasrat mengadakan satu majlis ringkas bagi menolak bala apabila tiba di rumah mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin, Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri SAC Tan Kok Lian.

10 comments:

Anonymous said...

setelah sekian lama diculik akhirnya mereka bebas juga. mmg perit pengalaman yang ditempuhi mereka. harap mereka dpt menikmati kehidupan seperti biasa selepas ini.

zam said...

baguslah mereka kini sudah selamat. harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

zam said...

kawalan di kawasan perairan Malaysia perlu diperketatkan lagi bagi menjadikan kawasan perairan kita menjadi lebih selamat.

Anonymous said...

pengalaman ketika diculik msti sgt sukar nk dilupakan. harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. kawalan keselamatan di laluan masuk negara perlu diperketatkan lagi.

amy said...

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka sepanjang masa ditahan.

Unknown said...

Thanks to all who was happen to double up the effort and ends up with a happy ending.....Both country must be having a good deal and relationship most tied in the future.

Anonymous said...

yang penting kedua2 warga Malaysia ini selamat tanpa melibatkan wang tebusan serta tidak menjejaskan hubungan kedua2 negara.

Anonymous said...

It is lucky that they are safely released.

Bujang Senang said...

Baguslah jika mereka ini teselamat dari tanga penculik filipina.

Unknown said...

Semoga pengawasan pengairan akan dilakukan dengan ketat bagi mengelak perkara yang sama ini berlaku.