Wednesday, December 8, 2010

Azamuddin: Bunyi tembakan 'pop, pop, pop'

MALAYSIA KINI

Saksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata kereta yang dinaikinya itu dihujani peluru pada kejadian 26 April lalu sehingga menyebabkan kematian rakannya itu.

NONEMenurut Azamuddin, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Aminulrasyid cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejarnya.

"Saya dengar bunyi tembakan 'pop, pop, pop, pop'," katanya pada perbicaraan Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya, Idham Abd Ghani.

Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid ketika dijumpai di kereta putih Proton Iswara selepas berlanggar dengan sebuah tembok ketika dikejar.

Remaja itu berkata kedudukan berkenaan jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik.

NONEMenurut Azamuddin, kali terakhir dia ternampak badan rakannya terdampar di kerusi pemandu dengan kakinya masih di pedal di bawah kerusi.

Remaja berusia 15 tahun itu juga berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.

Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde.”

No comments: