PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal digantung menghadiri dewan rakyat tanpa dipanggil membela diri kerana mengaitkan kerajaan dan slogan ‘1 Malaysia’ dengan sebuah firma penasihat Israel APCO Worldwide.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen bersidang hari ini namun tiada agenda khusus yang dibincangkan.
Namun, Karpal dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang juga anggota Jawatankuasa itu menjelaskan melalui mesyuarat itu sepucuk surat APCO bertarikh 19 Ogos itu telah dikemukakan kepada mereka.
Walaupun enggan menjelaskan kandungan surat itu Karpal berkata seorang ahli Jawatankuasa yang juga ahli parlimen Muar mengusulkan agar perkara itu didengar dalam mesyuarat hari ini.
"Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim membawa usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR.
Keluar mesyuarat sebagai protes
Karpal dan Sivarasa yang mempersoalkan tindakan mereka itu bertindak meninggalkan mesyuarat sebagai tanda protes.
Sivarasa ketika ditemui berkata mereka tidak mengetahui perkembangan lanjut mesyuarat itu malah akan bertindak keluar daripada jawatankuasa tersebut.
"Jika majoriti putuskan dan tegas dengan keputusan itu maka saya dan Karpal akan undur. Kami tidak mahu terlibat kerana prosedur yang tidak adil. Sedangkan Anwar tidak dipanggil memberi keterangan atau membela diri.
"Tetapi kita akan menunggu keputusan mesyuarat sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya kepada FMT.
Anwar yang turut hadir dalam sidang media itu ternyata kesal dengan tindakan itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang melampau. Katanya, ketika kesnya dirujuk kepada jawatankuasa terbabit, pihak speaker berjanji untuk menjalankan perbicaraan yang adil.
Namun sehingga kini beliau tidak dipanggil untuk membela diri walaupun beliau mempunyai fakta berhubung tuduhannya itu.
"Ini adalah ketidakadilan dan satu titik hitam dalam sejarah parlimen kita dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen,” katanya.
Mesyuarat Rabu depan
Sementara itu, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula berkata satu mesyuarat akan diadakan Rabu depan untuk sebarang keputusan lanjut diambil.
"Jawatankuasa akan bermesyuarat pada Rabu depan dan kita akan bincang lebih lanjut mengenainya. Keputusan itu akan dibentangkan dalam persidangan dewan akan datang," katanya.
Dalam pada itu, jawatankuasa yang terbabit dalam membincangkan isu itu termasuklah; Pandikar Amin Mulia, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Fong Chan Onn, Razali Ibrahim, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa dan Karpal Singh.
Anwar pada akhir April lalu telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengaitkan dasar gagasan 1Malaysia dengan APCO Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam dan strategi yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.
Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta setahun untuk mendapatkan perkhidmatan APCO di samping memperbaharui kontrak syarikat itu.
17 comments:
Mungkin Anwar keterlaluan..itu sebab beliau digantung..
lebih baik Anwar digantung daripada dia membuat kecoh dgn kenyataan yang bukan2.
tidak pasti lagi pekara ini. namun, jika benar Anwar bersalah maka memang wajarlah tindakan dikenakan.
Ternyata Anwar punyai ekses segala maklumat dari rakan2 beliau yang sememangnya pro Israel. Mana mungkin beliau mampu mendapatkan surat sulit kerajaan Israel jika tidak mendapat ekses dan sokongan dari pihak pelobi yahudi. Kemudian jika diperhatikan sehingga setakat ini, tidak ada langsung siaran berita cnn atau bbc & akhbar barat menghentam Anwar. ini membuktikan Anwar lah yang mempunyai kaitan dengan APCO.
jika Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta setahun untuk mendapatkan perkhidmatan APCO, bagimana pula dengan tuduhan terhadap Anwar kononnya beliau telah menggunakan khidmat pelobi YAHUDI iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC)dan telah menerima sejumlah besar peruntukan dari badan itu bagi menaikkan imejnya...
Ada kebaikan juga Anwar digantung supaya dia tidak bersifat keterlaluan. Harap hukaman ini akan menjadi satu pengajaran kepada Anwar.
Diharapkan isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
Kenapa mereka ini takut sangat dengan Anwar sampai tidak berani bersemuka dengan beliau?
Jika ada bukti kukuh Anwar sudah melakukan kesilapan, beliau barhak diberi peluang membela diri.
Belum lagi berlaku pengantungan. Tunggu keputusan mutlak.
Tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti :)
Apapun, ada baiknya Anwar menyelidiki keperibadian diri... Jangan sebab mulut badan binasa.
hairanlah sejak akhir-akhir ni...Anwar semakin banyak isu yang berbaur fitnah dikaitkan dengan BN..
kenapa Anwar masih bebas bersuara dan meracun fikiran rakyat dalam Malaysia yang sudah lama mengamalkan demokrasi? jadikan dia seperti Aung San Syuki..dikurung dalam rumah sendiri selama berpuluh tahun...bukankah dia menyamakan diri seperti wanita ikon demokrasi tu? so 'kurung' lah dia selama-lamanya dalam rumah sendiri...:)
Sudah terlampau jika seorang itu tidak diberi peluang membela firi dan ini bercanggah dengan ajaran Tuhan.
Kasilah Awar chance bela diri, jangan nanti orang cakap-cakap pasal tidak adil.
Samada Anwar digantung atau tidak, ia tidak membawa apa-apa kesan terhadap defactor PKR itu malah menambahkan modal untuk pembangkang beraih sokongan dari golongan yang bersimpati kepada Anwar.
Anwar suda tidak relevan lagi pada masa kini. Perjuangan yang cuba beliau tonjolkan menjadi basi dan tidak pernah ada peningkatan. Bagus sangat la beliau digantung!!
Post a Comment