Saturday, December 25, 2010

Akhbar The Star Mula Menyemarakkan Amalan Rasis?

Staff Berita Semasa

Star CIMB 060908 web Akhbar The Star Mula Menyemarakkan Amalan Rasis?

Editor Akhbar The Star Metro, telah menyiarkan kisah yang kononnya sangat menyedihkan iaitu kisah sebuah keluarga India yang telah dihalau dari PPR Desa Tun Razak.Namun sebelum itu, terdapat 2 keluarga Melayu telah dinyahkan dari PPR tersebut.Adakah Akbar The Star mula ingin menyemarakkan amalan rasis dengan membuat kisah yang tidak diceritakan sepenuhnya? Seolah-olah menampakkan bahawa berlaku wujud amalam rasis dalam PPR Desa Tun Razak.

Tidak pula The Star menceritakankepada khalayak pembaca tentang tunggakan lebih RM7,000 yang tidakdibayar oleh keluarga tersebut. Jika RM124 sebulan pun susah nak dicari, bagaimana pula boleh meneguk berpuluh-puluh botol arak sebulan?Dan bagaimanakah prihatinnya DBKL sehinggakan tunggakan sebesar ituboleh dibiarkan?

Berikut adalah perkara yang DISEMBUNYIKAN oleh The Star:

1. Persatuan Penduduk, rukun tetangga dan pihak RELA PPR ini sendiri mahu keluarga India ini keluar dari PPR Desa Tun Razak.

2. Persatuan Penduduk akan bantah jika kunci dan unit yang sama dikembalikan kepada famili ini.

3. 2 keluarga Melayu juga terlibat dengan penyingkiran sebelum ini atasalasan langgar ketenteraman penduduk lain dan atas komplen penduduklain (keseluruhan keluarga terlibat adalah 3 iaitu 2 melayu dan 1india). Kedua-dua keluarga tersebut telah keluar dari unit tersebutsebelum ini.

Mana pembelaan The Star kalau kononnya membela atas dasar kemanusiaan?

Kenapa The Star tidak pula double-check dengan DBKL tentang isu sebenar?

Gambar yang dipaparkan The Star dalam artikelnya ada gambar cucu-cicit keluarga tersebut, sedangkan budak-budak tu tidak tinggal di rumah tersebut. Mereka datang dari rumah mereka sendiri dan bagi menagihsimpati secara berlebihan, mereka dimasukkan dalam gambar supaya DBKLdapat diburukkan lagi. kenapa The Star tak periksa terlebih dahulu bahwa cicit-cicitnya tak duduk di situ, atau memang dah tahu tapi masih salah lapor?

The Star juga tidak juga mengambil initiatif untuk berhubung dengan persatuan penduduk untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
The Star juga tidak mengenengahkan isu ‘kesengsaraan’ yang dialami oleh1800 keluarga / penghuni / unit di kawasan tersebut akibat kehilangan dan kerosakan yang diakibatkan oleh penghuni rumah ini iaitu anak kepada keluarga India yang dihalau (mencuri kabel lif dan telefon) yang berulangkali berlaku.

The Star juga tidak bangkitkan isu kerugian yang dialami oleh pihak kerajaan terutama DBKL dalam menangani masalah vandalisme.
The Star juga tidak bangkitkan isu berapa kali anak kelaurga ini ditangkap polis akibat jenayah yang telah dilakukan termasuklah masalahdadah dan gengsterisme. Surat dari Persatuan penduduk mendakwa anak kelaurga tersebut terlibat mengedar dadah.

Penyewa yang diusir ni dah bertahun-tahun tak bayar sewa dan bil airpada DBKL. Sewa hanya RM124, tapi dah tertunggak sampai dekat RM7,000.Bayangkan berapa bulan tak bayar.

Jadi, buat pengarang The Star, cubalah jangan membuat laporan yang berbau rasis.Seolah-olah Malaysia ini mengamalkan perkauman dan penindasan pula terhadap kelaurga India ini. Kalau rasanya niat editor The Star itu baik, eloklah kalau jangan siarkan cerita yang berbau perkauman seperti itu.Tidak elok untuk kesejahteraan kaum di Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

No comments: