| Mohd Sabri Said |
| KEPALA BATAS: Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Saleh Man memuji inisiatif Jabatan Mufti memperkenalkan ilmu falak kepada masyarakat umum menerusi program berbentuk jalanan. Baginya, ilmu falak mesti ditonjolkan sebagai ilmu Islam yang ulung sebelum diterokai oleh cendikiawan bukan Islam sehingga berjaya melabelkan mereka lebih ke hadapan tentang ilmu sains atau astronomi.
Sementara itu, pengarah program, Mohd Jais Anuar Ahmad ketika ditemui menyifatkan, itulah langkah pertama Jabatan Mufti bersama Pusat Falak Sheikh Tahir mengadakan program jalanan untuk menyemai pengetahuan di kalangan masyarakat. Sejak dua tahun kebelakangan ini Pusat Falak Sheikh Tahir cuba membawa pembaharuan dengan menganjurkan berbagai agenda seperti bengkel, seminar, motovasi di samping membawa berbagai peralatan terkini astronomi bagi diperkenalkan kepada masyarakat luar. "Kita anggap ini satu kejayaan besar Jabatan Mufti kerana berjaya membawa perubahan dengan turun padang bertemu orang ramai bukan menjemput orang ramai ke lokasi tertentu seperti di Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang melihat kecanggihan astronomi kita," tegasnya.
Sepanjang bulan Januari hingga Jun 2010, seramai 800 orang pelawat berkunjuing ke Pusat Falak Sheikh Tahir termasuk pelajar Univesiti Sharif Ali, Brunei Darul Salam dan rombongan dari Masjid Al-Ghufran dari Singapura. Pulau Pinang, katanya, merupakan negeri pertama mewujudkan pusat falak atau lebih dikenali dengan nama Balai Cerap, maka tidak hairan banyak pelawat mengambil peluang keemasan meninjau sekaligus mempelajari ilmu astronomi yang ada di situ. Jelasnya, selain melaksanakan karnival, Pusat Falak Sheikh Tahir telah pun berjaya memperkenalkan ilmu itu di beberapa lokasi kunjungan ramai seperti di pusat membeli belah terbesar Queenbay, Bayan Baru, hentian rehat di Pantai Bersih, Butterworth dan akan ke Padang Kota Lama, Georgetown tidak lama lagi. "Karnival dua hari ini memperkenalkan berbagai kaedah canggih astronomi selain mempamerkan barangan yang berkait dengan astronomi," terangnya. |
Saturday, June 26, 2010
Jabatan Mufti perkenal ilmu astronomi dipuji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment