Sunday, June 27, 2010

Fuziah: Tiada penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor


yb fauziah1 Oleh Qayum Rahman


Persidangan ‘Retreat’ PKR hari ini tidak memberi penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor dan lebih memfokus kepada 3 aspek utama iaitu pengukuhan parti, penekanan aspek penerangan dan perbincangan memenangi pilihan raya akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Fuziah Salleh berkata, sememangnya pimpinan pusat ada menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan negeri selangor tetapi hanya bercakap tentang konsep dan prinsip merangkumi seluruh negeri Pakatan Rakyat(PR) di negara ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai negeri selangor dan negeri PR yang lain adalah mengenai arah dan hala tuju strategi negeri untuk memperbaiki kelemahan supaya terus menguasai pentabiran kelak.

Fuziah berkata, isu lebih penting yang harus dibincang adalah memperkukuhkan selangor untuk bersama-sama negeri pakatan melonjak menakluki putrajaya pada pilihan raya ke 13 ini.

Beliau juga menyatakan isu menjatuhkan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim adalah tidak wujud dan hanya mainan politik media yang kekurangan bahan untuk dipaparkan.

"Saya rasa tidak wujud 15 MP yang diperkatakan, dan ia hanyalah fitnah untuk merosakan pentadbiran PKR dan hanya untuk menarik perhatian umum.

"Kalau kita nak bezakan negeri Selongor, selangor sekarang ini berlipat kali ganda lebih baik berbanding negeri selangor di bawah pimpinan BN terdahulu.kita sendiri boleh menilainya.

"Saya menganggap bahawa perkara yang berlaku adalah propaganda dari BN yang ingin mewujudkan imej buruk kepada menteri besar bagi mengganggu pentadbiran beliau," katanya yang hadir di mesyuarat Pemukiman PKR di Quality Hotel hari ini.

Tambah beliau, pimpinan parti PKR langsung tidak mengetahui sebarang provokasi untuk menjatuhkan menteri besar Selangor yang dipermainkan oleh media dan menganggapkan kenyataan tersebut hanyalah satu kenyataan tidak benar.

"Jika benar wujud perkara sedemikian, pimpinan parti akan dapat membincangkan perkara tersebut dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian.

"Khalid telah menyatakan bahawa akan mencari perubahan baru terhadap pentadbiran negeri selangor semasa kongres pakatan baru-baru ini.

"Berilah Khalid masa untuk memperkemaskan lagi pentadbiran selangor dan bukannya mencari kesilapan yang keterlaluan menyebabkan beliau akan tertekan,"jelasnya.

No comments: