Isnin, 24 Mei 2010

Wain: Dr M 'menjengkelkan' pentadbiran Najib

Salhan K Ahmad



Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.

Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.

"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.

Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.

Beliau berpendapat demikian apabila melihat wawasan Mahathir mula bertukar menjadi "malapetaka" apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih.

"Mahathir (memberitahu saya) 'Saya tidak tahu (Abdullah) akhirnya akan jadi begitu. Orang Amerika juga tidak tahu George (W) Bush akan menjadi seperti itu," katanya.

"Mungkin dalam maksud itulah saya rasa (Mahathir) mengharapkan Abdullah untuk mengikut nasihatnya...," katanya lagi.

"Tetapi pastinya ada elemen bahawa (Mahathir) betul-betul inginkan perhatian dan sukar baginya untuk diketepikan (dan menyebabkan Mahathir) menulis perkara yang ekstrem dalam blognya," katanya lagi.

Mahathir bakal berkonflik dengan Najib?


Tambahnya, Mahathir kini turut "menjengkelkan" pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, namun ia belum membawa ke kancah konflik secara terbuka.

"Saya tidak maksudkan dia mengerahkan dasar atau (maksud sebegitu), tapi saya rasa dia masih boleh menyukarkan (pentadbiran) kerajaan.

"Bu
at masa ini dia belum terheret ke kancah konflik secara langsung dengan Najib, tidak seperti (pertembungan) beliau dengan Abdullah.

"Namun begitu, saya rasa dia sedikit sebanyak telah menjengkelkan Najib. Kita akan lihat jika ia akan membawa kepada konfrontasi," katanya lagi.

Wain turut menyentuh soal pemberian lesen judi sukan, yang berkait rapat dengan sikap dan gaya pentadbiran ketiga-tiga tokoh.

Katanya, pentadbiran bawah Abdullah Badawi mula mengetahui bahawa Tan Sri Vincent Tan telah diberikan lesen perjudian tersebut pada 2003.

"Pentadbiran Abdullah berkata mereka tidak tahu (lesen) itu dikeluarkan pada 2003. Saya ada bertanya kepada Dr Mahathir mengenai perkara itu tapi tidak mendapat apa-apa jawapan yang munasabah.

"Banyak lagi cara yang dilakukan oleh kerajaan pada masa sekarang yang kurang telus. (Rakyat) akan lebih gembira jika (kerajaan) lebih terbuka, membuat lebih banyak penjelasan tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka akan lakukan,"

Apapun, perjudian sukan itu nampaknya hendak "diperkenalkan secara senyap-senyap" oleh kerajaan, kata Wain.

Tiada ulasan: