Sabtu, 15 Mei 2010

SPRM TAMBAH SATU LAGI KOLEKSI KRONI MUSA AMAN?


TANGKAP..... Mampukah Dato' Abu Kassim (kanan) menangkap Musa Aman yang dilepas dan dibebaskan oleh Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang mengklasifikasikannya sebagai 'No Case To Answer'?

Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi menambah satu lagi koleksi tangkapan bersejarah apabila kroni Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu CEO Java Incorporated Bhd, Dato' Admond Looh Chai Boon, menjadikan kesemuanya empat orang dalam tempoh tidak sampai satu minggu.

Terdahulu daripada ini, Andrew Lim Nyuk Foh, Freedy Lim Nyuk Sang dan CL Tan yang diberkas beberapa hari lalu telah ditahan reman selama lima hari sejak kelmarin setelah SPRM berjaya memperolehi perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya pagi kelmarin; bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berhubung aktiviti Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang mempunyai hubungan langsung dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Admond Looh, adalah kroni Musa Aman yang ke 4 yang diberkas di Kota Kinabalu dan telah diterbangkan ke Putrajaya. Adalah dipercayai Admond Looh telah membayar sejumlah besar USD 300 juta wang ‘cucian’ kepada Richard Barnes dan Hafiz Musa di Singapura. Wang cucian tersebut telah didepositkan ke akaun Hafiz Musa di Credit Suisse, Singapura dan Richard Barnes di UBS AG, Hong Kong.

Pembayaran USD 100 juta oleh Admond Looh kepada Datuk Nasir Yeo, pemegang amanah Musa Aman telah membolehkan Admond Looh melalui Innokinta Sdn Bhd mendapat konsesi YK1/01, YK1/02, YK1/03, YK1/04, YK1/05, YK1/06, YK1/07, YK1/08, YK2/07(1) dan YK2/07(2) di Keningau telah menjadikan Admond Looh ‘Taiko’ balak di Keningau dan seterusnya menguasai Java Berhad (Aokam Perdana) dan Kilang Papan Lapis di Keningau.

Bukti Konsesi di Keningau telah disuntik ke Java Bhd boleh dilihat dalam pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) seperti sedutan berikut;

Sejumlah besar wang pendapatan ‘Public Income’ dari Java Berhad juga telah ‘dicuci’ dan dibolot Admond Looh yang telah ‘mencuri wang awam’ dan melakukan Jenayah Pecah Amanah atau ‘CBT’.

Selepas Keningau, Tawau menjadi daerah sasaran kedua Admond Looh setelah mendapat Konsesi YT305/1, YT305/2, YT3/04 seluas 15,000 hektar dianugerahkan kepada Hafiz Musa oleh Musa Aman (Bapa kepada Anak).

Begitu juga dengan konsesi YT305/1, YT305/2 dan YT3/04 yang telah Musa berikan kepada Admond Looh untuk mendapatkan wang rasuah berjumlah USD 100 juta dicuci oleh Admond Looh dan kemudian dideposit ke Credit Suisse, Singapura.

Konsesi YT3/05/1, YT3/05/2 dan YT3/04 tersebut seterusnya dijual kepada Simon Ling Ding Ding seorang pembalak dari Sarawak. Simon Ling, kemudiannya telah melakukan jenayah alam sekitar dengan membotakkan ketiga-tiga kup YT3/05/1, YT3/05/2 dan YT3/04 dengan menyapu bersih semua kayu balak termasuk di bawah garis pusat 25 sentimeter.

Walaupun lesen membalak dikeluarkan hanya untuk menebang kayu balak ukur lilit 60 sentimeter ke atas namun dipercayai kesemua kawasan cenuram (tanah tinggi), simpanan repairian dan spesis larangan turut dibalak, dibotak dan dicuri oleh Simon Ling. Kedua dua ‘Alien’ Sarawak (Simon Ling) dan Negeri Sembilan (Admond Loo) telah ‘menawan’ semua harta milik rakyat Sabah!

Sebagai imbalan, adalah dipercayai Admond Looh telah membayar USD 100juta kepada Hafiz Musa di Singapura.

Selepas pembayaran USD 100 juta kepada Hafiz Aman, Musa aman juga telah mengarahkan Datuk Sam Mannan dan Datuk Masidi supaya Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Alam Sekitar mencari jalan dan tidak membantah kawasan pembalakan di Maliau Basin Buffer 1?.

13 ulasan:

tombolo berkata...

penangkapa 4 kroni Musa Aman Oleh SPRM berkaitan kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan dikatakan mempunyai hubungan dengan Musa Aman. SPRM telah mengarahkan Musa Aman untuk mengistiharkan hartanya yang berjumlah bagi membantu siasatan kes ini. namun sehingga kini, belum ada bukti yang kukuh yang boleh membabitkan beliau dengan kes ini.

karaabau berkata...

pembalakan di Sabah semakin berleluasa...penangkapan Simon Ling dan Admond Looh diharap dapat menyelesaikan kes pembalakan yang berlebihan...berkaitan dengan CM, belum ada bukti yang kukuh untuk mendakwa beliau...jadi saya beranggapan bahawa seseorang itutidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya...siasatan masih dijalankan dan sama2 lah kita tunggu hasilnya...

tombolo berkata...

benarkah Musa Aman terlibat dalam kes ini..? biarlah SPRM membuat siasatan terlebih dahulu.. saya harap beliau tidak terlibat.. ini penting bagi memastikan imej kerajaan negeri Sabah tidak tercemar.

somboi berkata...

ya... saya berharap beliau tidak terlibat... ini penting bagi menjaga imej kerajaan negeri sabah.. tp buat masa ini belum ada bukti kukuh menunjukkan beliau terlibat..

somboi berkata...

arahan pengistiharan harta telah dibut terhadap Musa. harap ia dapat mengistiharkan hartanya.. banyak harga musa aman ni mau RM300 juta sebelum dia jadi KM lagi.. tp blum tau lagi dia terlibat atau tak.. kroni dia kena tangkap tak semestinya dia terlibat kan.. tunggu sajalah hasil siasatan SPRM.

Unknown berkata...

SPRM tambah satu lagi koleksi? Macam limited edition lah pula..Selagi belum habis siasatan, kita kena tunggu dan lihat outcome dr penyiasatan SPRM..:)

Paquin berkata...

susah juga mau babitkan Musa Aman ba kalau takda bukti. hhmmmm #%$@@

Paquin berkata...

Btl tu karaabau. Harap2 yg da ditangkap tu dapat bantu siasatan & sekaligus menyelesaikan isu2 pembalakan yg timbul.. Pasal CM pula, tunggu dan lihat ja la... Bg saya blm ada bukti yg dia bersalah, so diam2 lah. hhehee

Paquin berkata...

Saya pun harap CM kita tak terlibat uranglama.

Paquin berkata...

Saya setuju somboi.. Kita tunggu ja la siasatan sprm dulu.. sblm hasil siasatan diumumkan kepada publik, jgnlah kita buat andaian yg bukan2.

Paquin berkata...

hehehehe.. lucu kan Richard:P
apapun yg penting kita serahkanlah hal ni pada sprm. pandai2 lah dorang buat kerja nanti.

dave berkata...

Maybe ini salah satu usaha Najib untuk jatuhkan Musa Aman jg...coz ramai yg cakap Musa ni org kuat Pak Lah...so Najib tak suka kalo ada org Pak Lah...mcm besa dia nak gantikan dgn org yg align dgn dia la, Shafie Apdal...So nak kata SPRM ni bebas sepenuhnya pun susah jg...ada pengaruh politik jg...apa2 pun kita tunggu saja la perkembangan seterusnya...

Tanpa Nama berkata...

SPRM kena siasat perkara ini betul-betul bagi memastikan samada musa terliba ataupun tidak.. tp sehingga kini blum ada bukti yang boleh mengaitkan beliau. rasanya dia tak terlibatlah..