Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah berkata tiga pusat pembuangan undi di buka di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Kem Raskom Jalan Oya Tua di Batu 10, dan Kem Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja di Batu 14.
Pembuangan undi pos bermula semalam di pelbagai pusat pembuangan undi. SPR mengumumkan 629 anggota polis telah membuang undi IPD Sibu dari jam 9 pagi ke jam 2 petang. Sejumlah 1,910 anggota tentera akan membuang undi di dua kem tentera terbabit semalam dan hari ini dari jam 9 pagi ke 5 petang. Turut membuang undi semalam adalah 271 pekerja SPR di Pejabat Daerah Sibu. P212 Sibu mempunyai 54,695 pengundi dimana 2,808 darinya adalah pengundi pos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan