SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan akan menyiasat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didapati terlibat dalam penyelewengan atau salah urus tadbir.
Pengarah Siasatannya, Mustafar Ali berkata, siasatan itu akan dijalankan melalui maklumat yang diperoleh daripada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Katanya, SPRM tidak akan membuat sebarang siasatan secara terbuka seperti yang diinginkan oleh masyarakat bagi menjaga kerahsiaan sehingga sesuatu kes selesai dilakukan.
“Sebagai contoh, kita juga akan menjalankan siasatan hasil daripada laporan Ketua Audit Negara, kenyataan daripada pihak-pihak tertentu dan juga media. Kesemua tindakan seperti pendakwaan akan dilakukan sekiranya berlaku penyelewengan.
“Apa juga maklumat yang kita peroleh akan dibawa kepada Peguam Negara sebelum sebarang pendakwaan dibuat,” katanya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan