Jumaat, 14 Mei 2010

Sime Darby Berhad Malaysia Rugi RM1.6 Bilion

BERITA SEMASA

Belum reda lagi kes kerugian besar Pos Malaysia Berhad, datang satu lagi bencana kerugian. Kalau laporan berita yang disampaikan berita TV3, Sime Darby Berhad Malaysia hanya melibatkan kerugian sebanyak RM964 juta sahaja. Tetapi lain pula laporan yang datang daripada Sime Darby Berhad Malaysia sendiri…….

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk menutup kerugian akibat lebihan kos berjumlah RM1.6 bilion yang ditanggung Sime Darby Berhad Malaysia kerana ia selaras dengan prinsip urus niaga yang baik, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad Malaysia bercuti sementara tamat kontraknya juga perlu dibuat bagi mencerminkan prinsip ketegasan, ketepatan dan ketelusan dalam syarikat Sime Darby Berhad Malaysia itu.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Negara Dalam Negara Kasar (KDNK). Baru-baru ini, Sime Darby Berhad Malaysia mengumumkan kerugian akibat lebihan kos berjumlah RM1.6 bilion membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine, projek minyak dan gas Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan projek hidroelektrik Bakun.

Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, diarah bercuti sehingga tamat tempoh kontrak 26 November depan. Katanya, jawatan beliau dipangku oleh Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan Sime Darby, Datuk Azhar Abdul Hamid. Berita Harian

Teringat dahulu Sime Darby Berhad Malaysia pernah mengambil alih UMBC Bank dan menukarkan kesemua anak syarikat tukar jadi ‘Sime. Apabila bank berjaya mengautkan keuntungan besar dan mengatakan ia adalah sumbangan dan produk bank itu sendiri.

Semasa berlakunya kegawatan ekonomi, keuntungan Bank merudum. Sime Securities mengalami masalah. Sime Darby Berhad Malaysia mengatakan ini adalah disebabkan CEO Sime Bank mengambil keputusan tidak bijak !!! Itu kenyataan mereka.

Setahu saya, untuk pinjaman berjuta-juta ringgit, CEO tiada kuasa meluluskannya. Pinjaman besar memerlukan kelulusan ‘Board of Directors (BoD)’. Anda dapat point yang ingin saya sampaikan di sini? Jadinya bila rugi, kenapa CEO yang kena tanggung beban secara keseluruhan?

P/S : Walaubagaimanapun, skandal kerugian Sime Darby Berhad Malaysia masih lagi baru. Kita tunggu siasatan seterusnya selepas ini

Tiada ulasan: