Selasa, 25 Mei 2010

Saiful Gembira Selepas Diliwat?

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa ketua pembangkang itu meliwatnya.

Saiful sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengatakan dia takut dan tertekan akibat kejadian itu.

Peguam bela, Karpal Singh semasa pemeriksaan balas semalam, telah membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwat bekas pembantunya.

Gambar itu menunjukkan Saiful sedang menghidangkan teh kepada Anwar dan tetamunya.

Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar pada lebih kurang jam 5 petang semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.

“Adakah awak dalam gambar itu?” soal Karpal dan Saiful mengesahkannya.

“Awak kelihatan gembira,” kata Karpal dan diikuti dengan bantahan daripada Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum sempat Saiful menjawab.

“Ini menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, mereka masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Tetapi sebelum ini, Saiful kata dia takut dan tertekan akibat kejadian itu,” kata seorang lagi peguambela, Sankara Nair di luar mahkamah.

Tiada ulasan: