KUALA LUMPUR : Pertubuhan Mahasiswa seluruh Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada SUHAKAM agar hak asasi mahasiswa yang bakal didakwa oleh Mahkamah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mendapat perhatian sewajarnya.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha SUHAKAM, Hashimah Hashim.
Hashimah dalam pada itu berkata beliau akan meneliti memorandum tersebut namum belum ada sebarang jaminan yang dapat diberikan berhubung perkara tersebut namun siasatan lanjut akan dijalankan pihak SUHAKAM bagi menjamin hak asasi semua pihak.
Salah seorang mahasiswa yang bakal didakwa, Hilman Idham dalam pada itu sedih kerana beliau langsung tidak diberi pembelaan sewajarnya oleh pihak universiti.
"Saya tidak boleh diwakili peguam dan hanya boleh diwakili pekerja universiti atau mahasiswa lain sahaja.
"Kami juga sebagai tertuduh langsung tidak diberi salinan tatatertib. Seharusnya kami perlu tahu prosuder perbicaraan," kata Hilman dalam kenyataan media selepas penyerahan memorandum tersebut.
Beliau berkata beliau telah drafkan hal ini kepada Tuanku Canselor UKM untuk berbincang mengenai perkara ini dan akan meminta pandangan Tuanku Canselor mengenai perkara ini.
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Shazni Munir Mohd Ithin yang turut hadir berkata, sekiranya semua pintu perbincangan tertutup, pihak mahasiswa akan melakukan mobilasi untuk menghimpunkan mahasiswa sepanjang tempoh perbicaraan kes ini berlangsung.
Mohd Aizat yang mewakili Gabungan Islam Se-Malaysia(GAMIS) pula sedang berusaha untuk mengumpulkan tandatangan secara online dan manual untuk dihantar kepada Kementerian pengajian Tinggi (KPT).
"Kita harap ini adalah kes yang terakhir yang berlaku ke atas mahasiswa," tegas Aizat.
Menteri Pengajian Tinggi juga diminta tampil berhadapan dengan mahasiswa bagi membincangkan perkara ini kerana arahan ini keluar daripada beliau sendiri.
"Kita minta Datuk Seri Khaled Nordin berani untuk berhadapan dengan mahasiswa bagi menyelesaikan isu yang telah dicetuskan KPT sendiri.
"Mahasiswa tidak takut kepada untuk berhadapan dengan pihak KPT jadi kita harap pihak KPT berani juga berhadapan dengan mahasiswa. Datuk Seri Khaled tidak seharusnya takut untuk berbincang dengan pihak mahasiswa," tegas Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman dalam sidang media tersebut.
Terdahulu, empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham(Presiden), Ismail Aminuddin(Naib Presiden), Azlin Shafina Adzha(Setiausaha Agung) dan Woon King Chai(Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada Pilihan Raya Umum(PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu namun telah dilepaskan tanpa apa-apa pertuduhan.
Namun keempat-empat mahasiswa ini akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.
Mereka akan didakwa pada tarikh yang berbeza. Hilman akan didakwa pada 2 jun 2010 manakala yang lain akan didakwa pada 3 Jun 2010 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan