| | |
| BERNAMA BEKAS Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan Sabah dan Sarawak akan terus menjadi 'simpanan tetap' Barisan Nasional (BN) serta menolak tanggapan BN negeri sedang berdepan krisis kepimpinan. Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang memihak kepada pembangkang tidak wajar dijadikan asas untuk mendakwa Sabah dan Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN. "Ianya (keputusan pilihan raya kecil Sibu) tidak menggambarkan sokongan keseluruhan masyarakat di akar umbi. Ianya kes terpencil yang berasaskan isu-isu tempatan. Saya percaya mereka akan menyesal kerana dengan mengundi pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah mereka, dan pada pilihan raya akan datang mereka akan kembali kepada BN. "Majoriti rakyat di Sabah, dan saya percaya juga di Sarawak, masih menyokong BN. Kita tidak boleh membuat kesimpulan berasaskan pilihan raya kecil ini sahaja dan kita mesti membuat analisis atau bedah siasat," katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa. Salleh mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar berhenti melayan Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetapnya' dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan. Salleh berkata BN Sabah masih teguh dan majoriti parti komponennya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. "Ketua Menteri juga mendapat sokongan rakyat Sabah dan pemimpin persekutuan gembira dengan kepimpinan BN negeri. Sebagai sebuah parti komponen BN, kita sepatutnya akur atau menyokong seorang pemimpin yang dipilih oleh kepimpinan BN," katanya. Salleh juga kesal dengan kenyataan itu kerana dilahirkan oleh seorang pemimpin parti komponen BN sendiri. "Saya tidak faham mengapa mereka membuat kenyataan secara terbuka kepada media sedangkan mereka menyatakan telah membangkitkan perkara itu kepada pucuk pimpinan BN (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). "Kita ada saluran yang sesuai untuk meluahkan pandangan atau idea demi kebaikan BN. Contohnya, pemimpin parti komponen BN negeri itu boleh meluahkan pandangannya atau bertemu dengan pengerusi BN negeri atau membangkitkan isu itu kepada Kabinet negeri menerusi wakil LDP yang juga Timbalan Ketua Menteri," katanya. (Naib Presiden LDP Datuk Peter Pang adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah). Salleh berkata tindakan membuat kenyataan secara terbuka itu adalah tidak wajar dan tidak selaras dengan semangat BN. Beliau juga menegaskan keputusan pilihan raya kecil Sibu tidak harus dikaitkan dengan senario politik di Sabah, sementelah memberi bayangan bahawa Sabah dan Sarawak tidak lagi harus dianggap sebagai 'simpanan tetap' BN. Salleh seterusnya menyeru semua parti komponen BN negeri itu agar berganding tenaga untuk memastikan BN terus menjadi pilihan pertama rakyat.. |
6 ulasan:
tidak salah kritikan yang membina dan untuk menjadi lebih baik demi kepentingan rakyat...namun, harus mengikut prosedur yang telah ditetapkan...sabah&sarawak kekal jadi 'simpanan tetap' BN? jawapan hanya kepada rakyat pada PRU13...oleh itu, seperti yang Salleh katakan; usaha yang lebih dan kerja dengan lebih tekun demi kepentingan rakyat adalah perlu agar BN tetap menjadi pilihan no1 rakyat.
kritikan yang diberikan Datuk Chin Shu Pin adalah untuk BN memperbaiki kelemahannya.. kritikan ini haruslah diterima secara positif. samada sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan BN ataupun tidak, itu berada ditangan rakyat.
Solve the long standing issues first before you close the door.
samada sabah dan sarawak masih lagi menjadi simpanan tetap BN, kita tunggu dan lihat pada pilihanraya umum nanti.. apa yang penting bagi rakyat adalah kebajikan mereka dijaga. setiapa rakyat inginkan pembangunan. BN perlu menjaga hati rakyat bagi memastikan sokongan terhadap mereka tidak berbelah bagi..
Gotta agree with nemia. Better solved the important issues first before closing the door and open up a new chapter.
jika BN ingin rakyat sentiasa menyokong mereka, BN harus lebih mendekati rakyat, utamakan pembangunan rakyat.
Catat Ulasan