Khamis, 20 Mei 2010

ADUN KEMABONG TIDAK JAWAB SMS TV3?





BUKTI…..Saran menunjukkan surat menyurat aduan yang tidak diendahkan kerajaan dan pemimpin politik berlatar belakangkan tanah sawah yang terbiar.

Oleh: MAIL MATHEW


PARA petani sawah padi Kg Kalibatang Baru, mukim Kuala Tomani dalam daerah Tenom, merungut kerana tidak dapat mengerjakan sawah mereka hampir tiga musim berlalu gara-gara kontraktor yang dilantik kerajaan untuk meratakan tanah sawah gagal melakukan kerja dengan memuaskan.

Jurucakap kumpulan pesawah tersebut Saran @ Joycelyn Epui, 50, berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin yang amat kecewa dengan masalah tersebut terutama sekali apabila ia turut melibatkan punca pencarian nafkah sesuap nasi para petani.

Tegasnya lagi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau untuk mengemukakan masalah tersebut kepada pihak tertentu khususnya Jabatan Pertanian supaya masalah mereka dapat diambil perhatian untuk tindakan namun ia dipandang sepi dengan jawapan bahawa kerja tersebut sudah disiapkan oleh kontraktor terbabit.

Saran Epui yang juga salah seorang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini kali ini meminta campurtangan wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Adun Kemabong untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami mahu masalah kami ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana kawasan tapak yang diratakan itu sudah menjadi samak samun. Kami sudah putus harapan menyandarkan bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk menyelesaikan perkara ini, kecualilah kalau kami dapat berunding dengan kontraktor terbabit,” jelasnya.

“Keadaan menjadi kusut kerana semua saluran aduan sudah dilakukan namun semuanya gagal. (Jadi) saya terpaksa mengambil pendekatan lain dengan mengutarakan masalah ini melalui media kerana pihak tertentu yang saya hubungi semuanya gagal, malah ‘sms’ saya pun tidak dijawab,” jelas beliau

“Sebelum ini saya ada minta bantuan TV3 dalam program aduan rakyat tetapi juga gagal di mana saya diberitahu bahawa ‘sms’ TV3 kepada Datuk Rubin tiada jawapan,” tambahnya lagi yang diiringi reaksi kekesalan.

Menurut Saran, kerja kerja meratakan tanah sawah oleh sebuah kontraktor yang dilantik kerajaan bermula awal September, 2009 dan telahpun disiapkan pada penghujung Febuari, 2010.

Bagaimanapun katanya, kerja kerja tersebut tidak mengikut kehendak para pesawah di situ meskipun pun kontraktor terbabit mendakwa ia telahpun siap dan mengikut spek kerja sepertimana yang diarahkan kepadanya.

5 ulasan:

karaabau berkata...

diharap pihak berwajib melaksanakan tanggungjawab mereka...masalah rakyat seperti ini harus ditangani segera...perkara ini juga harus dirujuk semula sama ada kerja yang dilakukan oleh kontraktor di tanah tersebut mengikut kertas kerja dan piawaian yang betul atau tidak...harap wakil2 rakyat di kawasan tersebut tidak membiarkan hal ini...

tombolo berkata...

masalah ini menyulitkan kerja penduduk untuk bertani.. ahli parlimen kawasan tersebut seharusnya prihatin terhadap masalah penduduk.. ia harus tampil membantu maslah penduduk..

somboi berkata...

wakil rakyat yan baik ilah wakil rakyat yang mengambil berat mengenai kebajikan penduduk . diharap wakil rakya kawasan tersebut akan tampil untuk menyelesaikan masalah penduduk

polemic berkata...

pihak kontraktor & pihak yg memberikan kontrak harus bertanggungjawab...mereka perlu cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini kerana sumber pendapatan penduduk telah terjejas...bagaimana penduduk ingin mecari rezeki jika tempat mereka bekerja terjejas?

Adun yg bertanggungjawab perlu turun padang untuk membantu & menyelesaikan masalah ini...

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat dan pihak kontraktor haruslah tampil menyelesaikan masalah ini. inlah merupakan tanggungjawab mereka. ini penting kerana ia berkaitan dengan sumber pendapatan penduduk.