Rabu, 5 Mei 2010

Pekerja kontrak Petronas bakal hilang kerja

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Warga pekerja kontrak Petronas seluruh negara bakal berdepan dengan potongan gaji dan kehilangan kerja bermula 1 Jun depan.

Demikian dinyatakan oleh seorang pekerja Petronas yang mahu dikenali sebagai Hopeless Bapak dalam satu surat kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pekerja yang bekerja hampir 25 tahun langsung tidak dihargai dan berdepan dengan potongan gaji kira-kira 40 peratus atau bermula pada gaji pokok walaupun telah bekerja lama sehingga ada yang menjangkau 25 tahun.

Ada pekerja di sesetengah bahagian tidak disambung kontrak walaupun telah lama bekerja dengan Petronas.

“Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh DS Najib yang mewar-warkan ke arah negara berpendapatan tinggi?

“Ke mana keuntungan Petronas yang beratus billion dibelanjakan. Tiadakah sedikit penghargaan kepada pekerja yang telah menaikkan nama syarikat,” soalnya.

Baginya, alasan mereka pekerja kontrak dan mengurangkan kos tidak dapat diterima sama sekali.

Justeru, katanya berkemungkinan piket akan diadakan pada 1 Jun nanti di seluruh negara sekiranya kezaliman itu diteruskan.

Tiada ulasan: