Susan Loone | |||
|
Bagi 40 ang
Malah, mereka telah mengutuskan sepucuk surat kepada badan dunia itu bagi melahirkan kebimbangan mengenai tindak tanduk Malaysia yang mencabuli hak asasi.
Gabungan itu mendakwa mereka mewakili NGO dari setiap rantau di dunia.
Mereka mendakwa Malaysia gagal memberi kerjasama sepenuhnya kepada Majlis Hak Asasai Manusia di Geneva dengan tidak membenarkan pakar-pakar berkecuali melawat negara ini berhunbung beberapa isu.
Mereka
"Kami ingin melihat kerajaan anda mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan itu sebelum membuat pengundian,” kata surat itu yang bertarikh 5 Mei dan dialamatkan kepada negara-negara Perhimpunan Agung PBB.
"Kami berharap anda akan mendapatkan komitmen khusus berhubung rekod Malaysia dan kekurangan usaha mereka dalam menangani mekanisma hak asasi manusia sebelum melantik Malaysia ke majlis itu,” menurut surat itu.
Malaysia berhasrat menyertai semula majlis itu dan telah menawarkan diri bagi mengisi salah satu daripada empat kerusi yang dikhaskan untuk negara-negara Asia bagi penggal 2010-2013. Pengundian akan berlangsung hari ini.
Negara-negara Asia yang juga berminat dan menawarkan diri mereka adalah Iran, Maldives, Qatar dan Thailand.
Iran menarik diri pada 23 April lalu apabila negara itu menghadapi tekanan antrabangsa berhubung rekod buruk hak asasi manusianya daripada mengalami kekalahan semasa mengundi.
Jika berjaya Malaysia akan menduduki Majlis Hak Asasi Manusia yang mempunyai 47 ahli buat kali kedua. Kali terakhir mereka menduduki majlis itu adalah untuk penggal 2006 to 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan