Jumaat, 21 Mei 2010

Mugilan sahkan terima surat dipecat MIC lewat malam


KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat dari parti itu semalam mengesahkan telah menerima surat pemecatan lewat malam tadi.

“Saya menerima surat antara 10.30 dan 11 malam (tadi). Apabila kami membuka peti surat kira-kira 11 malam, kami mendapati surat ada di peti surat.

“Saya periksa peti surat beberapa kali sejak petang semalam dan hanya dapati surat lewat malam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mugilan (gambar) yang enggan menyatakan kandungan surat pagi ini berkata, akan mengumumkan tindakan lanjut esok.

“Saya akan memaklumkan tindakan dan pendirian saya esok,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor.

Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan K.S. Nijhar mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa surat pemecatan dikeluarkan oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Tiada ulasan: