Selasa, 25 Mei 2010

Dua Lagi Pemimpin MIC Dipecat

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Selepas lima hari timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan dipecat kerana secara terbuka mendesak Samy Vellu meletak jawatan dengan segera dan menyifatkan beliau (Samy) sebagai satu liabiliti kepada BN, dua lagi pemimpin MIC turut dipecat dari MIC.

Sebelum ini,KP Samy dan G Kumar Amaan yang juga ahli jawatankuasa MIC, telah mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal.

KP Samy dan Kumar dimaklumkan secara bertulis mengenai pemecatan mereka hari ini atas alasan mereka bertindak berlawanan dengan kepentingan parti.

Ini adalah kali kedua KP Samy dipecat dari parti itu kerana lantang melawan presiden.

Kali pertama ialah pada 1988 bersama dengan naib presiden ketika itu, MG Pandithan, yang mendakwa wujud politik kasta.

Tiada ulasan: