PUTRAJAYA — Kerajaan bercadang menaikkan kadar levi pekerja asing mengikut sektor mulai tahun depan dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kadar itu berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja terbabit serta jumlah pekerja asing dalam sesuatu sektor pekerjaan.
“Kita akan teliti mengikut sektor pekerjaan seperti pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian. Ini bermakna kadar levi akan berbeza mengikut sektor-sektor dan juga daripada jumlah peratusan pekerja yang ada. Lagi besar (ramai) pekerja, mungkin lebih besar levi.
“Selain itu (ia) berdasarkan kepada kelayakan. Kalau ada kelayakan (kemahiran), mungkin dia tidak dikenakan levi tinggi tetapi jika tiada kelayakan atau pekerja biasa, maka majikan kena bayar (levi) lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini hari ini.
Muhyiddin berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberi tempoh dua minggu bagi meneliti cadangan kenaikan kadar levi pekerja asing itu, yang merupakan antara 50 cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing.
“Apa pun langkah-langkah untuk mengkaji dan mungkin menaikkan levi itu, kita akan mula kuatkuasakan awal 2011. Kita perlu mengambil masa sedikit,” kata beliau dipetik Bernama.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga bercadang untuk mengenakan bon kepada majikan bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap pekerja asing masing-masing.
Bayaran bon seperti itu, yang telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk Singapura, bertujuan memantau kemasukan pelawat dan pekerja asing di negara ini.
“Bon ini sebagai jaminan supaya majikan lebih bertanggungjawab jika pekerja mereka lari, berhenti dan sebagainya. Kita belum putuskan (cadangan ini) dan saya minta ia diteliti.”
10 ulasan:
kenaikan levi pekerja asing adalah satu pendekatan yang baik untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing ke negara kita.. dengan pengurangan penggunaan pekerja asing, peluang pekerja kepada pekerja tempatan adalah lebih cerah.
Setuju dengan tindakan kerajaan...tetapi majikan juga boleh mengambil pekerja tanpa dokumen secara haram...oleh itu kerajaan perlu gubal undang2 yg lebih rigid & berat untuk menghukum majikan2 yg tidak mendaftarkan pekerja asing mereka....
langkah yang bijak bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing... seperti yang dikatakan polemic, kerajaan perlu bertegas terhadap mana2 majikan yang mengambil pekerja tanpa dokumen yang sah. biasanya kes ini banyak berlaku disektor perladangan terutamanya kelapa sawit.
Well, further research in this levy will take a bit of time. But I hope it will work eventually. :)
kenaikan levi pekerja asing sebenarnya ada keburukan juga. makin ramailah pti di sabah ni nanti sebab ramai majikan tidak sanggup membayar levi mahal. masalahnya sekarang memang susah mau dapatkan pekerja tempatan? orang tempatan sendiri too demanding kerja sikit tapi duit mau lebih. kalau di plantation, saya lihat orang asing sanggup kerja kuat dan loader buah pun semua orang asing...jarang orang tempatan..
Ini mungkin akan mengurangkan pekerja asing ke negara kita untuk berkerja. Jika sebahagian mereka berkerja dengan baik, levi akan kurang maka jika mereka hanya perkerja biasa, levi akan lebih banyak. Harap Kerajaan akan berbincang topik ini lagi untuk mengenalpasti.
Ini mungkin akan mengurangkan pekerja asing ke negara kita untuk berkerja. Jika sebahagian mereka berkerja dengan baik, levi akan kurang maka jika mereka hanya perkerja biasa, levi akan lebih banyak. Harap Kerajaan akan berbincang topik ini lagi untuk mengenalpasti.
Ok juga idea ni. Sekurang-kurangnya dapat juga tanggani isu kebanjiran pekerja asing di negara kita kan.
Ya samanda. Saya pun setuju, kenaikan levi ni memang satu pendekatan yang baik. Harap dapat dilaksanakan dgn sempurna.
saya suka idea ni. Dan saya harap walaupun pelaksanaannya ada cons (da mmg kebiasaan setiap hal ada pros & cons kan, saya harap pros nya lebih banyak dan mampu mengatasi kelemahan yg wujud nanti.
Catat Ulasan