DUSTA.... Apakah memorandum bercop jari ini masih dikatakan dusta oleh pemimpin BN ketika rakyat mula menolak mereka dengan penuh keinsafan? Oleh: HALIK ZAMAN SEKUMPULAN penduduk kampung Lagud Seberang dan Mantailang dari daerah Tenom menyertai PKR Cabang Tenom setelah menyerahkan borang-borang keahlian kepada Ketua Cabangnya, Gonsibin Yosundang. Di samping itu, ahli-ahli yang keluar dari UMNO/BN juga telah menandatangani Memorandum Rasmi yang ditujukan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengan menurunkan cop ibu jari kanan mereka sebagai mengistiharkan keluar dari UMNO/PBS dan Barisan Nasional secara rasmi. Ketika diajukan pertanyaan mengapa mereka bertindak keluar dari Barisan Nasional, wakil mereka, Sambas Bin Omar menyatakan pemimpin BN terlalu banyak mengamalkan dasar kronisme dan UMNO adalah parti orang elit dan melayan golongan marhaen sebagai kasta paling rendah. "Kami sama sekali tidak setuju cara UMNO/BN membeli atau memujuk Wakil Rakyat untuk melompat parti. Wakil Rakyat tersebut diundi oleh rakyat kerana mewakili PKR/Pakatan, tapi tidak apa, nanti PRU kami akan ajar calon-calon BN itu walau di mana sekali asal mereka. Calon BN pasti akan ditolak oleh rakyat," kata Sambas lagi. Sambas menambah, mereka memprotes amalan melompat parti namun tidak diendahkan pemimpin BN; menyebabkan mereka keluar beramai-ramai daripada UMNO/BN kerana berpendapat UMNO/BN tidak ada pendirian dan tidak ada kekuatan tersendiri untuk menentang Pakatan Rakyat, selain mengharapkan Wakil Rakyat lompat parti. Manakala Mely Bte Poumin, menyatakan sebelum 'menurunkan cop jari’ pengisytiharan keluar daripada BN Tenom, ramai penduduk di kampung mereka melayari Sabahkini.net dan blog-blog tempatan. “Menerusi IT kami faham halatuju PKR, maka itu sebab kami menyertai PKR dan meninggalkan BN. Kami juga sangat terasa pimpinan Barisan Nasional sekarang ini sudah tidak releven lagi dan terlalu banyak kroni. Kalau dulu kami dapat terima lagi perjuangan BN, tapi sekarang tidak lah, sudah jauh terkeluar dari landasannya,” ujar Mely sambil menghela nafas lega yang agak panjang. Bagi Aloysius B. Wilen, sikap pilih kasih sering membuatkan penduduk di daerah Tenom ini menganggap segala bantuan banjir hanya disalurkan kepada kroni-kroni dan kuncu-kuncu Wakil Rakyat BN sahaja dan rakyat biasa akan terus di pinggirkan. “Maka kerana itulah, kami sebulat suara meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai PKR dan berharap PKR dan Pakatan Rakyat mampu mengubah dan mempertingkatkan ekonomi penduduk kampung di pedalaman,” ujar Aloysius yang meyakini Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN. |
Ahad, 23 Mei 2010
PKR TENOM DIBANJIRI AHLI UMNO/BN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan