Oleh Nazar Hashim
ALOR SETAR- Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah, Ahmad Kassim berkata bedah siasat terhadap KEADILAN Kedah tidak perlu memandangkan pertemuan dengan kepimpinan dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu adalah rutin dan kerap diadakan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata isu bubar DUN yang menjadi hangat sekarang ini sememangnya dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional bagi menimbulkan keraguan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
"Kita tidak nafikan dimana-mana sahaja memang terhadap sedikit sebanyak perselisihan pendapat dan pandangan. Namun dalam KEADILAN kita sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan memberi peluang kepada kepimpinan yang ada untuk melahirkan pandangan mereka dalam pertemuan dan mesyuarat rutin yang sering diadakan.
"Setiap masalah yang timbul akan diselesaikan dengan cara yang terbaik. Kita mungkin tidak mampu memberi kepuasan secara total atau sepenuhnya kepada mana-mana pihak tetapi kita akan buat dengan terbaik.
"Saya berharap rakyat tidak akan terpedaya dengan dakyah jahat yang dimainkan oleh Umno dan BN. Initermasuklah dalam isu ADUN Kubang Rotan yang mereka mainkan sebagai satu isu semata-mata bagi mendapat sokongan rakyat.
"Umno-BN persoalkan kebenaran dan memutarbelitkan kenyataan. Akhirnya apabila rakyat terpengaruh maka kredit ini akan digunapakai oleh mereka untuk menyalurkan dakyah negatif bagi mendapat kembali sokongan rakyat yang ternyata sudah pudar terhadap kepimpinan Umno dan BN," kata Ahmad pada ceramah perdana di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar Sabtu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan