BERITA HARIAN ONLINE
KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.
“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
9 ulasan:
ini merupakan satu berita baik kepada kakitangan awam. diharap dengan kenaikan gaji ini, perkhidmatan kakitangan awam akan lebih baik.
Diharap dengan kenaikan gaji ini, prestasi & pencapaian dapat ditingkatkan & birokrasi dapat dikurangkan...Pekerja Happy, rakyat pun happy...
ini satu berita menggembirakan kepada kakitangan awam,namun diharap kerajaan jangan melupakan kepada pekerja sektor swasta yang mesih ramai lagi mempunyai gaji yang lebih rendah..
sememangnya satu berita yang paling mengembirakan pekerja sektor awam tahun ini...nmpknya kerajaan betul2 komited untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat...diharap gaji pekerja sektor bukan kerajaan juga akan turut disemak kerana masih lagi rendah...
saya setuju dengan somboi dan karaabau.. untuk gaji sektor swasta, saya harap kerajaan dapat melaksanakan skim gaji minimum secepat mungkin dan berkuatkuasa seluruh malaysia.
penjawat awam perlu lebih produktif dan bersungguh2 menyokong dan menyampaikan dasar2 kerajaan kepada rakyat bagi merealisasikan konsep 1malaysia.
Biarlah haji setimpal dengan kerja yang diamanahkan...
Wah, pekerja kakitangan kerajaan pasti gembira dengan kenaikan gaji mereka!!
penjawat awam perlu tingkatkan mutu perkhidmatan mereka setelah gaji mereka dinaikkan.
Catat Ulasan