| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: Beberapa nama pengundi Cina dikesan dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka di situ sendiri tidak mengenali mereka. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda. “Sekurang-kurangnya setakat dikesan kira-kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang,” tulisnya di dalam blog. Justeru, beliau mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan SPR harus tampil memberikan penjelasan. Tambahnya, penemuan itu adalah hasil gerak kerja kecil yang dilakukan pihaknya termasuk berjumpa dengan para pengundi sebelum hari penamaan calon pada 22 Januari ini. Menurutnya, nama pengundi berkenaan dikesan terdapat di Peti Undi Felda Tenang iaitu antara peti undi dalam Dun Tenang. Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan nombor kad pengenalan dan memastikan tempat mengundi didaftar. “Terlalu banyak nama dialihkan tanpa sedar, nama hilang dari senarai malah lebih parah lagi ada nama yang tak dikenali tetapi wujud dalam senarai pemilih dan ada pula 'orang tertentu' yang datang mengundi bagi pihak nama itu,” ujarnya yang lebih dikenali dengan CheguBard. Untuk membaca lanjut berhubung perkara itu, pembaca boleh klik http://chegubard.blogspot.com/2011/01/pengundi-cina-dalam-felda-tenang.html |
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersalaman dengan para penduduk rumah panjang ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Dieo Kanyan di Tanjung Penasu di Sibu — Gambar Bernama
Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya umum negeri dipercayai dalam waktu terdekat dengan mandat semasa akan berakhir Julai 2011.
“Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.
Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berjalan dengan baik dan proses pengundian juga adalah adil.
Dengan kemenangan kelmarin DAP mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak.
Ketua Menteri paling lama itu berkata, BN negeri menerima keputusan itu kerana ia merupakan pilihan rakyat di kawasan berkenaan.
“Kita akan lakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca kekalahan kerana terlalu awal untuk membuat kesimpulan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.
BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek mendapat 18,845 undi dan Hui Yew memperoleh 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoriti 3,235 undi bagi mengekalkan kerusi itu yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Ho Leng dan Lim Chin Chuang daripada Parti Keadilan Rakyat.