Tuesday, September 29, 2009

Guru tidak dibenar simpan janggut

OLEH: AFP


DUSHANBE - Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

“Lelaki yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan menyimpan janggut yang panjangnya tidak melebihi tiga sentimeter, manakala golongan muda pula mesti tampil kemas,” menurut salinan dekri kementerian pelajaran yang dilaporkan secara meluas oleh akhbar tempatan.

“Manakala untuk kasut, apa-apa sahaja kasut yang bertutup penuh adalah dibenarkan, termasuk kasut pelapis,” tambahnya.

Tajiskistan, sebuah negara miskin di Asia Tengah yang bersempadan dengan Afghanistan berkata, peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan.

Mereka yang berjanggut panjang sering dicurigai oleh pihak kerajaan dan pernah mencetuskan perang saudara terhadap orang Islam pada tahun 1990-an, menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian selain menghancurkan ekonomi negara itu.

Kasut pelapis dan sepasang but kalis air yang diperbuat daripada getah sangat popular di kalangan petani di luar bandar dan dilihat sebagai keperluan yang mampu melindungi dari hujan yang sering melanda negara bergunung-ganang tersebut.

No comments: