Oleh KHAIRI MOHAMAD
KOTA BHARU - "Saya tidak tahu menahu pasal tuntutan terbaru. Semua ini palsu, TT (Tengku Temenggong) tidak bercakap benar."
Demikian dakwaan ibu Manohara Odelia Pinot, Daisy Fajarina ketika diminta mengulas mengenai pindaan tuntutan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, di sini semalam.
Menurutnya, dia dan Manohara bersedia untuk datang ke Malaysia bagi menghadapi segala tuntutan undang-undang yang dibuat demi membersihkan nama baik keluarga.
"Saya bersedia untuk datang ke Malaysia bagi berhadapan dengan tuntutan tersebut namun segalanya hanya akan ditentukan oleh peguam saya.
"Mereka boleh buat apa sahaja tuntutan tidak kira melalui undang-undang tetapi akhirnya saya tahu Allah akan buktikan kebenaran akan muncul," katanya ketika dihubungi di Jakarta semalam.
Daisy diminta mengulas tuntutan terbaru Tengku Muhammad Fakhry yang membuat pindaan daripada jumlah asalnya sebanyak RM972,750 kepada RM1,112.250 berikutan terdapat beberapa lagi dokumen yang membuktikan Manohara berhutang dengannya melebihi daripada jumlah asal.
No comments:
Post a Comment