Tuesday, June 2, 2009

Tambang Teksi - Idris Susahkan Nazeri ?

SM Noor


BESUT – Tindakan Pengerusi Mara, Dato’ Seri Idris Jusoh melancarkan Pakej Perkhidmatan Teksi dan Kereta Sewa lebih murah pada 24 Mei lalu bertentangan dengan kehendak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh menyokong dan menyambut baik langkah Persatuan Kebajikan dan Sukan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Besut (PPKSB) yang menurunkan tambang teksi sehingga 25 peratus.

Sedangkan, pada hari yang sama, Nazri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) berkata kadar tambang baru akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan.

Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang sebanyak 30 peratus, membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi serta kereta sewa.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Terengganu telah menyatakan bantahan terhadap kenyataan Nazri dan cadangan kerajaan untuk menaikkan tambang berkaitan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Abas berkata, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup.

No comments: