Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH - PAS Pahang mempertikaikan keupayaan pemimin Umno menguruskan negeri Pahang berikutan semakin banyak saman dihadapkan kepada kerajaan negeri sejak kebelakangan ini.
Terbaru, kerajaan negeri akan menghadapi dua saman daripada dua buah syarikat yang dalam masa terdekat ini dengan jumlah saman melebih RM400 juta.
Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan kepada media di pejabatnya baru-baru ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah disaman sebanyak RM63juta oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGSB) bersabit isu pembalakan di Pekan manakala Astanan Golf & Country Club iaitu Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang telah disita gara-gara gagal menjelaskan bayaran pinjaman berjumlah RM30 juta kepada Agro Bank.
Menurut Tuan Ibrahim, kes saman membabit kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini menggambarkan kelemahan nyata pentdbiran kerajaan negeri yang pimpinan Umno/BN sejak 50 tahun lalu.
"Rakyat seharusnya diberi perhatian terhadap isu berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan mandat kepada Umno/BN atau sebaliknya dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Tambah beliau, apa yang menducitakan ialah kegagalan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakub sebagai ketua eksekutif menunjukkan sikap 'bertanggungjawabnya' apabila gagal menghadirkan diri dalam semua proseding mahkamah yang melibatkan kerajaan pimpinannya.
Tuan Ibrahim berkata, semua pihak khususnya para pelabur dalam dan luar sangat mengambil berat mengenai isu-isu perundangan sebelum bersedia melabur modal. Ini kerana jika sesebuah kerajaan dilihat kurang serius terhadap isu perundangan, bermakna semakin besarlah risiko ke atas pelaburan mereka.
Katanya dalam konteks Pahang, imej kerajaan Pahang negeri dalam isu perundangan ini nyata begitu negatif dan membimbangkan pelabur untuk melabur dinegeri. Ini bermakna Pahang akan menghadapi masalah besar untuk menarik pelaburan baru pada masa hadapan.
"Para pelabur pastinya enggan mengambil risiko melabur di Pahang berbanding negeri-negeri lain," katanya. - mns_
No comments:
Post a Comment