Monday, June 22, 2009

Maut digilis kereta api

MYMETRO


SEREMBAN: Seorang pekerja ladang maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis sebuah kereta api di kawasan Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang, S Genesan, 49, mati serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan, dengan mukanya hampir hancur dan tangan kanan putus.

Genesan dikatakan pergi ke situ untuk memburu binatang dan memungut hasil hutan seperti petai yang menjadi hobinya.

Polis turut menemui sebuah motosikal milik mangsa yang diletakkan beberapa ratus meter dari lokasi dia dilanggar.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata mangsa digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Selatan.

“Polis memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa dan siasatan awal polis mendapati kes ini tiada unsur jenayah,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai beberapa anak.

Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999 atau balai polis berhampiran.

No comments: