Tuesday, June 23, 2009

Hisham: Krisis Umno T'ganu parah jika berlarutan

MALAYSIA KINI


Krisis politik Umno akan menimbulkan masalah besar jika pertembungan dua kumpulan - Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh - terus dibiar berlarutan, kata naib presiden Umno.

"Kalau dibiarkan (kemelut di Terengganu)... Saya lihat ia akan jadi masalah yang besar.

"Kalau pihak ketiga tidak diminta untuk memimpin, mungkin ia tidak dapat diselesaikan," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Beliau, kini dilantik pengerusi perhubungan Umno negeri, berkata perpecahan dalam parti itu akibat beberapa personaliti dan pergeseran di beberapa bahagian – dipercayai bermula sejak pilihanraya umum tahun lepas.

"Saya lihat tidaklah mendalam sangat. Ia berkisar kepada personaliti, berkisar kepada sejarah, pada suasana yang berlaku di beberapa bahagian.

"Bukan semua, mungkin tiga bahagian sahaja," katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia.

No comments: