Roy Rasul
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Pusat, mendesak kerajaan menghapuskan terus Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar PPSMI awal Julai ini.
"Sebagaimana didedahkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen baru-baru ini akan membuat pengumumannya dan ini adalah jaminan yang konkrit pernah disampaikan kerajaan," ujar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin semasa menjawab soalan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam sidang parlimen, berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan dasar PPSMI pawa awal Julai ini.
Menurut Nasrudin, makin banyak pihak yang pertikai PPSMI sejak diperkenalkan pada 2003 lepas.
Ini katanya, termasuk perarakan besar-besaran yang diketuai Sasterawan Negara, A Samad Said ke Istana Negara bagi penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong pada 7 Mac lalu.
"Banyak bukti-bukti yang dikemukakan dan kajian yang dilakukan pejuang bahwasa yang mendapati dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman," katanya.
Disebabkan itu katanya, Pemuda PAS menggesa kerajaan menghapus segera tanpa terus membuat kajian dan penyelidikan kerana terbukti merosakkan sistem pembelajaran kebangsaan serta menolak kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahawa kebangsaan. - mks. _
No comments:
Post a Comment