Tuesday, June 23, 2009

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

MALAYSIA KINI


Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata.

1 comment:

Unknown said...

ape niiii ingat guru ni boleh jd lembu yg di cucuk hidung ke ?
mana boleh camtuuuuu
Anda telah salah gunakan kuasa dgn menyuruh kakitangan awam mengundi parti ANDA..... Be End get Loss